suria

Boleh stres almari baju asyik bau masam! Ini cara buat penyegar udara ‘rahmah’, kulat dan kulapuk pun hilang

Seorang individu berkongsi cara mudah untuk membuat penyegar udara anda sendiri.

TEMPAT simpan baju seperti almari adalah persekitaran yang sempurna untuk kulat membiak.

Ini kerana kulat adalah mikroorganisma yang sukakan tempat gelap, ditambah pula dengan kelembapan yang tinggi berikutan iklim tropika di Malaysia.

Kehadiran kulat boleh menyebabkan pakaian berbau masam dan ini pastinya menjengkelkan serta boleh merosakkan mood hari anda.

Jangan risau, melalui satu perkongsian di Facebook oleh Bezerra, ada ditunjukkan cara untuk menyediakan penyegar udara buatan anda sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan

1) Bekas plastik kecil

2) Garam kasar

3) Cecair pelembut pakaian (softener)

Teknik untuk membuat penyegar udara anda sendiri.

Langkah-langkah membuat penyegar udara anda sendiri

1) Sediakan satu bekas plastik kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup, boleh cucuk guna garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.

Buat lubang sebanyak yang boleh pada penutup.

2) Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan 2 sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.

3) Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.

Gaulkan garam kasar dan cecair pelembut pakaian.

4) Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.

5) Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.

Teknik ini sesuai untuk dijadikan bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum. - Bezerra

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain