suria

Rupanya senang sangat nak buat sendiri susu pekat manis, siap boleh ‘adjust’ rasa gula... Guna 3 bahan je!

Seorang wanita menunjukkan cara mudah untuk membuat susu pekat manis sendiri di rumah.

SUSU pekat manis adalah antara barang dapur yang wajib ada di rumah.

Biasanya digunakan untuk memasak serta membuat segala hidangan manisan seperti kek dan kuih.

Melalui satu hantaran di Facebook Zan Zafirah Zainal, dikongsikan cara untuk membuat sendiri susu pekat manis.

Kini anda boleh berjimat dan jika kehabisan susu pekat manis secara mengejut, sudah ada alternatif lain.

Menurut Zan Zafirah Zainal, susu pekat manis homemade ini hanya memerlukan tiga bahan dan boleh dibancuh dalam masa tiga minit sahaja.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya.

Susu pekat manis adalah antara bahan utama dalam masakan tertentu. -Gambar hiasan

Bahan-bahan

Pertama anda perlukan satu setengah (1 1/2) cawan susu tepung

Kedua, setengah (1/2) cawan gula, gunakan gula mentah (raw sugar), boleh kurangkan kuantiti gula jika mahu kurangkan manis.

Kemudian, dua per tiga (2/3) cawan air panas. Peringatan, jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam sahaja.

Cara buat:

Mula-mula, campurkan semua bahan dalam pengisar dan adunkan selama tiga minit. Siap!

Seterusnya, hentikan pengisar selepas satu minit dan rehatkan motor pengisar seketika.

Kemudian keluarkan adunan dan simpan di dalam peti sejuk supaya jadi pekat.

Susu ini sesuai untuk dibuat kek, minuman dan lain-lain macam susu pekat manis yang biasa kita beli di kedai.

Selamat mencuba! - Zan Zafirah Zainal

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain