CENDAWAN merupakan salah satu sayur-sayuran kegemaran ramai bukan sahaja kerana teksturnya yang lembut, tetapi mempunyai pelbagai khasiat. Di negara ini, cendawan mula mendapat tempat dan digunakan dalam banyak resepi masakan. Terdapat pelbagai jenis cendawan yang dijual di pasaran antarannya cendawan tiram, Enoki, Shitake, Shimeji dan pelbagai lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Cendawan Makkah banyak kelebihan, mampu rawat diabetes? Ini penjelasan pakar ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main petik cendawan tumbuh belakang rumah... Ini cara nak kenal jenis beracun, tak boleh makan! Bagi penggemar cendawan, pasti mereka mengenali cendawan Enoki yang juga dikenali sebagai cendawan jarum emas atau cendawan musim sejuk. Cendawan ini bukan sahaja enak dicampur di dalam tomyam dan sup sayur, malah ketika ini lebih popular dengan resipi goreng celup tepung. Namun begitu, ada kalanya cendawan yang dijual di pasar raya kurang segar berkemungkinan kerana stok lama yang tidak habis dijual. Cendawan Enoki yang dibuat goreng celup tepung. -Gambar The Star Justeru itu, bagaimana caranya untuk mengenal pasti sama ada cendawan Enoki masih segar ataupun sudah rosak? Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Chef DeeDee Mansor berkongsi tip untuk memilih cendawan Enoki yang elok dan segar. Berikut adalah tip yang dikongsikan: 1) Perhatikan cendawan di dalam bungkusan, terutama bahagian kepala. Jika cendawan Enoki masih segar, kepalanya lebih kecil dan batangnya leper. Sekiranya batang serta kepala cendawan agak kembang, ia berkemungkinan sudah lama. 2) Cuba picit sedikit untuk merasai teksturnya. Jika lembik dan seperti berair, ia adalah tanda cendawan Enoki sudah tidak segar. 3) Perhatikan warna cendawan. Cendawan Enoki yang masih segar akan berwarna putih, manakala yang sudah kurang segar akan berwarna seakan-akan kekuning-kuningan. 4) Bungkusan cendawan Enoki lazimnya divakum. Periksa bungkusan dan pastikan ia masih mampat dan tidak masuk angin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube