suria

Memang pedih kena ‘ghosting’, tiba-tiba si dia sepi tak balas mesej! Ini 5 cara berdepan situasi ini

Individu yang melalui situasi 'ghosting' cenderung untuk murung pada permulaannya. -Gambar DPA

ADUH, sakitnya apabila kena 'ghosting'.

Bayangkan, kita sering gagal memikirkan perihal mengapa si dia secara tiba-tiba membisu tanpa sebarang petanda.

Mungkin ada yang masih keliru mengenai apa yang dimaksudkan dengan ghosting.

Istilah ini merujuk kepada individu yang tiba-tiba menghilangkan diri daripada kehidupan seseorang tanpa sebarang komunikasi baik melalui telefon, mesej, emel atau dalam bentuk media yang lain.

Mereka yang mengalaminya sahaja faham erti sakit apabila kena ghosting, yang mana situasi biasanya terjadi membabitkan pasangan.

Makan tak lalu, tidur tak lena... pendek kata semuanya serba tidak kena sehingga anda cenderung untuk menyalahkan diri sendiri.

ghosting 1

Memang 'pedih' apabila si dia menghilang secara tiba-tiba. -Gambar TNS

Betul, memang sakit tapi takkan nak memerap di bilik mengenang nasib, atau menatap telefon bimbit berjam-jam mengharapkan si dia menghubungi anda?

Ini lima tip untuk anda move on dan memulihkan kembali semangat serta keyakinan diri seperti yang disarankan oleh penulis merangkap dating coach, Erika Ettin:

1. Pertimbangkan hantar mesej 'penutup'

Langkah ini secara tidak langsung memberi signal kepada si dia bahawa anda perasan perubahan tingkah lakunya. Mesej tersebut sekadar untuk menyatakan apa yang terbuku dalam hati anda. Contohnya:

"Hai, saya benar-benar menikmati masa kita bersama dan harap untuk terus mengenali antara satu sama lain. Namun kecewa kerana tidak menerima balasan daripada kamu. Saya doakan yang terbaik untuk kamu."

Ingat, ini adalah mesej penamat. Sebaik sahaja menghantarnya, padamkan daripada telefon anda.

2. Lepaskan apa yang dirasai

Perasaan marah, sakit hati atau kecewa adalah perkara biasa selepas kena ghosting.

Beri masa untuk diri anda memproses emosi tersebut dan meratapi apa yang sudah terjadi buat seketika.

ghosting 3

Elakkan untuk 'stalk' media sosial si dia dalam usaha untuk 'move on' daripada situasi berkenaan. -Gambar DPA

3. Jangan salahkan diri sendiri

Ingatkan diri bahawa ghosting adalah gambaran ketidakupayaan individu berkenaan untuk berkomunikasi secara matang, bukan gambaran nilai diri anda.

Oleh itu, cuba elakkan daripada menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

4. Jangan stalk media sosial

Ya, si dia masih hidup. Dia memilih untuk tidak pedulikan anda, dan bukannya mengelak daripada anda. Jadi jangan membazir masa.

Sekat semua platform media sosialnya dengan segera. Ini adalah untuk kesihatan mental anda juga.

5. Tetap semangat dan terus melangkah ke depan

Tidak kira betapa sakitnya hati anda, bukalah lembaran baharu. Jangan tutup pintu hati anda untuk mengenali orang baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain