SETIAP individu pastinya mempunyai majlis perkahwinan impian masing-masing. Ada yang mengimpikan majlis dengan tema tertentu malah tidak kisah berbelanja memandangkan ia adalah kenangan indah sekali seumur hidup dan tak kurang juga yang mahukan majlis serba ringkas. Namun semuanya bergantung kepada bajet masing-masing kerana paling penting, jangan sampai terjerat hutang hanya kerana mahukan majlis yang grand. ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian buat bakal raja sehari... ini 5 tip buat majlis kahwin ‘sweet’ dan indah tanpa bajet besar Sebaik-baiknya, bakal pengantin perlu merancang perbelanjaan dengan teliti bukan untuk hari bahagia semata-mata tetapi mengutamakan kehidupan selepas bergelar suami isteri kelak. Bagi pasangan yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan tidak lama lagi, berikut kami kongsikan tip & tricks sebagai panduan untuk menjimatkan perbelanjaan sewaktu merancang hari bahagia anda: 1) Tetapkan bilangan tetamu Perkahwinan Melayu sememangnya sinonim dengan jumlah jemputan yang ramai. Namun cukuplah sekadar dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat untuk menjadi saksi hari bahagia anda. Untuk lebih mudah, buat senarai tetamu. Di mana jua lokasi majlis anda, pastikan anda menetapkan bilangan tetamu yang akan hadir. -Gambar hiasan 2) Survey servis katering dan pelamin Jangan malas untuk membuat survey mengenai dua perkara ini. Selain survey sendiri, anda mungkin boleh meminta bantuan rakan-rakan untuk rekomendasi mana-mana syarikat yang menyediakan pakej perkahwinan. Dengan cara ini, anda dapat membuat perbandingan dan memilih yang terbaik mengikut bajet anda Rajinkan diri untuk membuat survey bagi mencari pakej pelamin yang berpatutan serta sesuai dengan bajet. 3) Majlis nikah dan sanding serentak Untuk menjimatkan kos, upacara akad nikah boleh diadakan pada waktu pagi manakala persandingan pula pada sebelah tengahari. Banyak wang dapat dijimatkan seperti kos sewa venue, persalinan dan katering 4) Hantaran Nak lebih jimat? Waktu inilah anda dapat menonjolkan kreativiti dengan menggubah sendiri hantaran ataupun meminta bantuan rakan mahupun ahli keluarga. Tidak perlu bunga-bungaan segar sebagai dekorasi, sebaliknya gantikan dengan bunga hiasan plastik atau mengikut kreativiti anda. Begitu juga jumlah balasan hantaran. Cukuplah sekadar tiga berbalas lima ataupun mengikut bajet anda. Untuk lebih jimat, gunakan bunga hiasan plastik untuk menggantikan bunga segar. -Gambar Syazana Shukur 5) Cenderahati (doorgift) Tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk hal yang satu ini. Cuba minimakan kos dengan membeli sesuatu yang sesuai untuk semua golongan tetamu. Bonus sekiranya anda pandai membuat kek atau biskut, balut cantik-cantik untuk dijadikan doorgitf. 6) Persalinan Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Cukup sekadar menempah satu persalinan baharu untuk majlis nikah, manakala untuk persalinan sanding pula, pilihlah untuk mengenakan busana yang disewa. Ataupun berbincanglah dengan pereka fesyen anda untuk membuat persalinan 2 in 1. Lebih jimat! Sentiasa rajin menyemak pakej fotografi yang menawarkan potongan harga pada waktu-waktu tertentu. -Gambar hiasan 7) Fotografi Rajinkan diri untuk membuat survey. Ramai jurufoto menawarkan pakej dengan potongan harga pada waktu-waktu tertentu. Sebaiknya lakukan survey beberapa bulan sebelum majlis berlangsung, bukanlah pada waktu saat akhir. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube