suria

Akhirnya jumpa cara nak baiki leher t-shirt kembang! Mudah sangat, mak-mak kena ambil tahu

Lelaki ini menunjukkan cara untuk membaiki leher baju-T yang kembang.

PAKAIAN baju-T (T-shirt) yang digunakan untuk jangka masa lama pastinya mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Namun seperti barangan lain juga, dengan berlalunya masa ia akan menjadi lusuh terutamanya pada bahagian leher baju-T yang boleh mengembang.

Leher baju-T yang kembang pastinya akan merosakkan penampilan diri anda.

Kini anda tidak perlu risau, melalui satu perkongsian di TikTok oleh Syafiq, dikongsikan cara untuk membaiki leher baju-T yang kembang agar anda boleh terus menggayakan pakaian tersebut.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya.

1) Sediakan getah dan juga periuk.

Bahan yang diperlukan.

2) Isi air ke dalam periuk, buka api dan biar mendidih.

Didihkan air.

3) Ambil getah dan ikat pada bahagian kolar atau leher baju-T, ikat dan simpul dengan kemas supaya tidak terbuka.

Ikat leher baju-T dengan menggunakan getah.

4) Kemudian rendam bahagian leher yang diikat tadi dalam air mendidih. Biarkan selama tiga hingga empat minit.

Rendam bahagian leher baju-T ke dalam air panas.

5) Selepas itu angkat dan keringkan.

Jemur baju-T itu.

Apabila sudah kering, boleh seterika baju-T tersebut dan lihat hasilnya.

Kini selesai masalah leher baju-T kembang, ternyata pakaian kesayangan anda masih boleh dieselamatkan.

Sukacita diingatkan kepada semua untuk sentiasa berhati-hati dengan penggunaan air panas yang mendidih, selamat mencuba! - syafiq.art

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain