MALANG tidak berbau! Anda sudah tentunya geram apabila air atau makanan tertumpah atas sofa kesayangan. Lebih bingung apabila ia adalah minuman manis, bukan senang untuk menghilangkan kesan tompokan tumpahan. Melalui satu perkongsian oleh Arya cahya Oktavia, dia mendedahkan cara mudah untuk membersihkan sofa. Jom kita lihat bagaimana caranya. Sofa yang kotor pastinya 'sakit mata' untuk dipandang. -Gambar hiasan Bahan-bahan yang diperlukan: 1) Besen atau sebarang bekas untuk mengisi air 2) Dua hingga tiga cawan air panas 3) Sabun pencuci pinggan cecair 4) Pelembut pakaian (softener) 5) Tuala microfiber saiz kecil 6) Penutup periuk yang mempunyai pemegang Langkah pertama untuk membersihkan sofa. Cara membersihkan sofa: 1) Hamparkan tuala dan letakkan penutup periuk di atasnya, ikat ketat pada pemegang penutup periuk seakan membunjut. 2) Kemudian tuangkan kira-kira empat sudu besar cecair sabun pencuci pinggan serta pelembut pakaian ke dalam besen. 3) Masukkan air panas dan kacau campuran sehingga sebati. 4) Rendamkan penutup periuk yang sudah dibalut dengan tuala ke dalam bancuhan cucian. Penyediaan bahan cucian. 5) Genggam pemegang penutup periuk dan gosok tuala pada permukaan sofa yang kotor. 6) Anda boleh ulangi langkah membasahkan tuala dan gosok pada permukaan sofa sehingga kotoran hilang atau memudar. Proses membersihkan sofa. 7) Selepas selesai, biarkan sofa mengering di bawah kipas. 8) Selepas kering, sofa anda akan menjadi bersih seperti baharu. Selamat mencuba! - Arya cahya Oktavia Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube