suria

Panas hati kereta tiba-tiba ada kesan calar, boleh hilangkan guna cara ini

Seorang lelaki menunjukkan cara menghilangkan kesan calar pada badan kereta.

KESAN calar pada badan kereta boleh menyebabkan kita 'sakit mata' apabila melihatnya.

Lebih memanaskan hati apabila kesan itu muncul tanpa disedari, mungkin bergesel dengan kenderaan lain ketika di ruang yang sempit.

Melalui satu perkongsian di Facebook oleh Muhammad Faris Abdullah, ada dikongsikan cara untuk menghilangkan kesan calar tersebut.

Magic sponge dijual di kedai perkakasan.

Jika kesan calar itu tidak terlampau dalam, ikhtiar ini mungkin dapat membantu anda, tidak salah mencuba.

Jom kita lihat bagaimana tekniknya.

Magic sponge

Mula-mula dapatkan magic sponge dari kedai perkakasan (hardware).

Magic sponge in mengandungi bahan kimia dikenali sebagai Melamin untuk memudarkan kesan calar pada badan kereta anda.

Cara untuk menggunakan magic sponge pada badan kereta yang calar.

Sediakan satu bekas air bersih, tidak perlu sabun. Rendamkan magic sponge ke dalam air bersih itu, selepas itu angkat dan perah keluar lebihan air di dalam magic sponge.

Sebelum ke langkah seterusnya iaitu menghilangkan kesan calar, pastikan anda memakai sarung tangan terlebih dahulu.

Tonyoh secara perlahan-lahan selama lima hingga 10 minit, dan kemudian lihat hasilnya.

Jika kesan calar itu tidak hilang sepenuhnya, ia sekurang-kurangnya dapat dikurangkan agar tidak kelihatan terlalu jelas dari jauh. Selamat mencuba! - Muhammad Faris Abdullah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain