JIKA anda perhatikan pada bahagian tayar kereta, tertera gabungan nombor dan huruf membentuk seakan-akan kod, Ternyata huruf dan nombor itu bukan untuk tujuan ilustrasi semata-mata sebaliknya mempunyai maksud bagi membantu seseorang mengetahui spesifikasi tayar berkenaan. Melalui satu perkongsian di Facebook oleh Razif Rashid, ada didedahkan makna di sebalik setiap huruf terakhir dalam kod-kod itu. Tayar merupakan antara komponen penting kereta. -Gambar hiasan Katanya, setiap huruf itu memberi indikasi had maksimum kelajuan untuk tayar tersebut dan jika kelajuan melebihi had, ia boleh meyebabkan kerosakan atau komplikasi lain pada tayar. Misalnya, jika huruf terakhir pada kod tayar kereta adalah H, ia bermaksud had maksimum kelajuan yang boleh dicapai tayar tersebut adalah 210 kilometer perjam (km/j). Ayuh kita lihat satu-persatu untuk huruf-huruf yang lain pula. 1) K - Kelajuan maksimum 110 km/j 2) L - Kelajuan maksimum 120 km/j 3) M - Kelajuan maksimum 130 km/j 4) N - Kelajuan maksimum 140 km/j 5) P - Kelajuan maksimum 150 km/j 6) Q - Kelajuan maksimum 160 km/j Huruf H dalam kod pada tayar kereta. -Gambar hiasan 7) R - Kelajuan maksimum 170 km/j 8) S - Kelajuan maksimum 180 km/j 9) T - Kelajuan maksimum 190 km/j 10) U - Kelajuan maksimum 200 km/j 11) H - Kelajuan maksimum 210 km/j 12) V - Kelajuan maksimum 240 km/j 13) W - Kelajuan maksimum 270 km/j 14) Y - Kelajuan maksimum 300 km/j Ayuh segera periksa huruf terakhir pada tayar kereta agar anda lebih berpada-pada selepas ini ketika hendak menekan pedal minyak. Walaupun begitu, sukacita hendak diingatkan bahawa had kelajuan di lebuh raya di Malaysia adalah 120 km/j. - Razif Rashid Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube