suria

Sakit mata tengok kesan gulung, lipatan pada karpet...Ini cara mudah nak hilangkannnya

Wanita ini menunjukkan cara untuk meratakan karpet yang bergulung atau ada kesan lipatan.

PERMAIDANI atau karpet adalah salah satu aksesori yang mencantikkan ruangan dalam sesebuah kediaman.

Namun karpet yang sudah lama terhampar kebiasaannya akan mula kelihatan bergulung atau terlipat di bahagian bucunya, sangat sukar untuk diratakan kembali.

Apabila terjadinya begini, anda boleh terjatuh jika kaki tersadung pada permaidani yang bergulung tersebut, sangat bahaya lebih-lebih lagi apabila ada kanak-kanak yang suka berlari-lari di dalam rumah.

Melalui satu hantaran di TikTok oleh Julespitch, dia berkongsikan cara untuk meratakan atau menghilangkan kesan lipatan serta gulungan permaidani.

Anda hanya memerlukan kain lembap dan seterika, sungguh mudah caranya!

Langkah-langkah meratakan permaidani yang terlipat

1) Ambil kain atau tuala basah, letak pada bahagian karpet yang terlipat

Letakkan kain basah pada bahagian karpet yang bergulung atau terlipat.

2) Panaskan seterika dan gosok pada bucu karpet yang dialas kain lembap tadi

Seterika pada bahagian karpet yang bergulung.

3) Gosok sehingga karpet yang bergulung itu lurus semula

Jenis seterika yang digalakkan untuk digunakan.

Peringatan tambahan, adalah digalakkan untuk menggunakan seterika 'ceramic soleplate' kerana suhunya adalah lebih mesra fabrik dan tidak akan merosakkan permaidani.

Kini permaidani anda akan lebih 'sedap' mata memandang tanpa ada kesan gulungan atau lipatan yang tidak sepatutnya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! - Julespitch

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain