suria

Hasil tuaian banyak rosak diserang lalat buah? Ini cara mudah, jimat buat perangkap DIY

Rehimah menggantung perangkap lalat buah DIY pada pokok cempedak.

GOLONGAN pekebun atau mereka yang gemar bercucuk tanam, semestinya tidak sabar untuk menuai hasil apabila tibanya musim buah-buahan.

Namun ada kalanya buah-buahan yang dituai banyak rosak angkara serangan lalat buah.

Lalat buah atau nama saintifiknya Bactrocera sp menjadi salah satu masalah utama untuk mereka yang mengusahakan tanaman buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Serangan makhluk perosak ini akan menyebabkan kuantiti dan kualiti buah menurun sekali gus menjejaskan produktiviti bagi pekebun yang menjalankan tanaman dalam skala besar.

Pelbagai kaedah dan inovasi sudah dibangunkan oleh agensi yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini.

perangkap diy 3

Botol air mineral ditebuk untuk menghasilkan lubang-lubang kecil.

Namun bagi mereka yang gemar bercucuk tanam pokok buah-buahan di sekeliling rumah, ada satu kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan serangan lalat buah ini sebagaimana yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, Rehimah Harun.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas hati tengok ratusan lalat ‘tewas’... Jom buat perangkap DIY, guna 4 bahan je

ARTIKEL BERKAITAN: Mudah sangat nak DIY perangkap lipas dalam kereta, hanya guna 2 bahan di dapur

Wanita tersebut berkongsi cara-cara menghasilkan perangkap lalat buah DIY dengan hanya menggunakan botol air mineral plastik dan ubat khas untuk serangga perosak berkenaan.

Cara-caranya:

1) Sediakan beberapa botol air mineral kosong.

2) Panaskan batang besi dengan api dan kemudian buat lubang-lubang kecil pada botol kosong tersebut.

3) Tuang sedikit ubat lalat buah pada gumpalan tisu. Ubat ini boleh didapati di kedai pertanian.

perangkap diy 2

Ubat khas yang dituang pada gumpalan tisu sebelum dimasukkan ke dalam botol kosong.

4) Masukkan gumpalan tisu tersebut ke dalam botol dan kemudian tutup mulut botol dengan penutup supaya lalat buah terperangkap.

5) Dengan menggunakan tali, ikat botol pada dahan pokok yang berhampiran dengan buah.

Perangkap DIY ini boleh dipasang pada pokok buah-buahan seperti cempedak, nangka, mangga dan lain-lain.

Dengan menggunakan perangkap DIY ini, anda tidak perlu susah-susah melindungi buah-buahan dengan plastik atau pembungkus lain untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain