suria

Jangan seronok sangat gomol kucing gemuk, risau jadi obesiti! Ini panduan bantu si bulus kurangkan berat badan

Kucing yang berlebihan berat badan lazimnya kurang tangkas. -Gambar hiasan

SIAPA saja yang tidak geram melihat kucing montel, siap dengan pakej gebu pula tu.

Si bulus pasti akan menjadi sasaran untuk dipeluk dan digomol kerana kemontelannya.

Namun tahukah anda kucing juga sebenarnya boleh dikategorikan sebagai obesiti?

Sama seperti manusia, obesiti akan mengundang masalah kesihatan kepada kucing.

Bagaimana untuk mengetahui si bulus anda obes?

Menurut Cornell Feline Health Center, ada tiga cara untuk mengenal pasti jika si bulus anda obes berdasarkan Skor Keadaan Badan (Body Condition Score).

Pertama, dengan merasai tulang rusuk di sepanjang sisi badan kucing.

Anda dapat merasai tulang rusuk dengan mudah di bawah kulit kucing sekiranya berat badannya ideal.

cat 2

Pemilik boleh melakukan pemeriksaan dengan merasai tulang rusuk di sepanjang sisi badan kucing untuk mengetahui jika si bulus obesiti. -Gambar hiasan

Jika ia lebih berat badan dan obes, anda hanya boleh merasakan lapisan tebal lemak yang terkumpul.

Kedua, melihat kucing daripada bahagian sisinya dan ketiga, melihat si bulus dalam keadaan berdiri. Jika pinggangnya tidak kelihatan, bermakna kucing anda mempunyai berat badan berlebihan.

Tanda-tanda lain adalah si bulus mengalami kesukaran untuk melompat dan memanjat. Ini sangat berbeza dengan sifat seekor kucing yang tangkas melakukan pergerakan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa kucing kerap minta makanan? Ini 7 punca si bulus tetap lapar walaupun selepas makan

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan basah atau kering? Pemilik jangan salah beri makan kucing, ini fakta yang perlu anda tahu

Namun untuk mengesahkan sama ada kucing anda mempunyai berat badan berlebihan dan untuk mengetahui berat badan ideal mereka, bawalah bertemu doktor veterinar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan keseluruhan.

cat 3

Mengawal sukatan makanan si bulus adalah salah satu cara untuk mengurangkan berat badan mereka.

Jika si bulus anda dikategorikan sebagai obesiti, berikut merupakan tip untuk mengurangkan berat badan sebagaimana perkongsian seorang ahli veterinar iaitu Dr Firda:

1. Menukar waktu makan kucing. Kucing anda sekurang-kurangnya memerlukan rutin makanan sebanyak dua kali sehari. Tetapkan waktu makan secara rutin untuk membentuk tabiat makan baharu.

2. Mengawal sukatan makanan kucing. Dengan mengurangkan sukatan makanan, ia akan memastikan tidak berlaku pembaziran dan kucing anda juga akan boleh mengurangkan berat badan pada masa yang sama.

Untuk mendapatkan sukatan yang sesuai, rujuk nasihat doktor veterinar terlebih dahulu

3. Cuba untuk letakkan makanan di kawasan yang berbeza. Ini untuk memberikan sedikit cabaran dan mendorong mereka untuk mengurangkan lebih banyak berat badan dengan berjalan ke kawasan yang berlainan setiap kali ingin makan.

4. Banyakkan masa bermain dengan kucing. Pelbagaikan aktiviti dengan kucing, kucing memerlukan aktiviti yang secukupnya untuk untuk kekal aktif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain