suria

Ramai masih terkebil-kebil tak tahu pam tayar kereta sendiri... Jangan gelabah, ingat 5 langkah ni je!

Boss Beng berkongsi panduan mengepam angin tayar kereta.

TIDAK dinafikan ada segelintir pemilik kenderaan kurang mengambil berat mengenai perkara asas ataupun rutin wajib seperti mengepam angin tayar kereta.

Sebenarnya tidak susah mana pun, namun mungkin disebabkan sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan perkara lain, hal tersebut membuatkan kita tidak sempat untuk mengambil tahu.

Mulalah panik apabila tiba-tiba nampak tayar kereta leper, lebih-lebih lagi ketika sedang mengejar masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlu ke panas enjin kereta waktu pagi? Penjelasan pakar ini akan buat anda lebih faham, ubah tabiat pemanduan

Apabila tiba di stesen minyak pula, terpinga-pinga bagaimana mahu mengendalikan pam tekanan angin dan akhirnya terpaksa minta bantuan orang lain.

tayar 2

Jadual tekanan angin ditampal pada bahagian tepi pintu pemandu.

Nah, kali ini kami kongsikan panduan untuk mengepam angin tayar kereta sebagaimana perkongsian Boss Beng yang banyak berkongsi tip kereta di laman TikTok.

1) Buka pintu kereta di sebelah pemandu, lihat jadual tekanan tayar yang ditampal.

2) Ikut jadual berkenaan. Tekan (-) untuk kurangkan PSI, tekan (+) untuk tambahkan PSI.

3) Contohnya tekanan tayar anda 31psi (220kpa). Lihat jarum pada mesin pam dan adjust sehingga ia menunjukkan angka 31 (220kpa).

4) Buka penutup tayar, tekan batang pam angin untuk mula mengepam.

5) Dengar bunyi 'beep beep beep', ia bermakna angin sudah dipam ke dalam tayar. Tutup penutup tayar.

tayar 3

Selaraskan bacaan sebagaimana saranan tekanan angin pada jadual.

Untuk mengelakkan anda berdepan dengan situasi yang tidak dijangka, periksalah tayar sentiasa lebih-lebih lagi sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Masa terbaik untuk memeriksa tekanan tayar adalah ketika:

1) Setiap kali mengisi minyak.

2) Setiap kali suhu berubah 10º.

3) Sekali bagi setiap 30 hari.

Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, lebih mudah untuk dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain