suria

Limau kasturi berbuah sepanjang tahun! Wanita kongsi cara buat baja sendiri, cuma siram sebulan sekali

Baja yang dibuat menggunakan telur dan minuman kultur dikatakan mampu menyuburkan pokok limau kasturi.

SUDAH menjadi kebiasaan rakyat Malaysia gemar memesan sirap dan teh ‘o dicampurkan bersama perahan limau kasturi dalam minuman mereka.

Selain menambah kesedapan, limau kasturi sebenarnya kaya dengan khasiat yang boleh membantu melegakan beberapa penyakit.

Memandangkan harga buah ini semakin meningkat, kebanyakan premis makanan mula menaikkan harga minuman yang ditambah limau.

Jadi, apa kata kita tanam pokok limau kasturi ini supaya hasil yang diperoleh membolehkan minuman ini boleh dibuat sendiri di rumah, pada bila-bila masa.

Limau kasturi biasanya diperah dalam minuman.

Seorang wanita, Muspirah Samat tampil berkongsi cara penanaman pokok limau kasturi yang mampu berbuah sepanjang tahun.

Menurut wanita ini, baja yang dibuat sendiri adalah rahsia pokok limaunya berbuah lebat sehingga dahannya menunduk dan adakalanya buahnya gugur kerana masak ranum.

Cara-cara:

1. Peram sebotol minuman kultur jenama Yakult bersama dua biji telur dan cuka kayu.

2. Kemudian, campurkan air bersama bancuhan yang diperam dengan nisbah 5:1.

3. Sembur pada pokok pada awal pagi dan lewat petang untuk kesan lebih baik.

Seorang wanita menggunakan minuman kultur bersama telur sebagai bahan membuat baja.

Kekerapan untuk membaja bergantung kepada situasi dan tempat.

Bagi Muspirah, dia hanya menggunakan semburan baja ini sebanyak sekali sahaja dalam masa sebulan yang diselang seli dengan siraman air beras dan air basuhan ikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain