suria

9 bentuk potongan bawang yang anda patut tahu, silap cara menghiris akan jejaskan rasa masakan

Cara potongan bawang penting untuk setiap masakan.

BAGI sesetengah orang, teknik atau cara memasak dianggap remeh, yang penting rasa masakan yang tersedia boleh diterima tekak dan selamat untuk dimakan.

Tetapi,ramai tidak tahu potongan bawang untuk masakan adalah berbeza bagi mereka yang berpengalaman dan mementingkan seni dalam masakan.

Seperti yang dikongsikan Mohammad Faeez Harith, ada sembilan jenis atau bentuk potongan bawang apabila memasak makanan tertentu.

Jelasnya, sesetengah bentuk potongan bawang tidak sesuai dengan beberapa resipi dan masakan.

Cara potong bawang mempengaruhi masakan.

Berikut adalah 9 jenis potongan bawang:

1. Potong

Potong bermaksud bawang yang dihiris secara melintang.

Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2. Gegelung

Bermula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Potongan sedemikian biasanya sesuai untuk masak kicap dan masak merah.

3. Mayang

Hirisan halus secara melintang untuk penyediaan bawang goreng atau ditumis.

4. Belah

Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

Hirisan bawang yang nipis sesuai untuk tumisan.

5. Baji (wedges)

Biasanya potongan ini digunakan untuk hiasan seperti dalam sup, kari dan kebab.

6. Hiris

Potongan nipis, halus dan menegak secara berulang-ulang kali.

Untuk ditumis atau dibuat ulam, rencah sambal, budu atau cencaluk.

7. Dadu

Biasanya untuk dibuat cekodok bilis atau jemput-jemput bawang.

8. Potong dadu kecil atau cincang kasar

Untuk tumisan nasi goreng atau mi goreng.

9 jenis potongan bawang dikongsikan Faeez.

9. Cincang halus

Untuk perapan dan tumisan.

Menurut Faeez, potongan bawang penting kerana cara potongan amat mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain