PASTI dalam kalangan kita ada mengenali individu yang gemar menyimpan atau mengumpul barang tertentu di dalam rumah sehingga bertahun-tahun lamanya. Bagi mereka, barang tersebut mempunyai nilai sentimental dan kenangan tersendiri yang cukup bermakna. Disebabkan itu, mereka tidak mahu membuangnya kerana 'sayang' dan mahu menyimpan sebagai kenangan. Namun tahukah anda, barang-barang yang sudah terlampau lama disimpan ini akan menjadi toksin di dalam rumah? ARTIKEL BERKAITAN: Kulat di perabot mungkin punca anak tak sihat! Cuci bukan penyelesaian, cuba guna 4 kaedah ini Jadi apa kata ambil sedikit masa untuk mengemas dan berlatih membuang material yang hanya mengisi ruang. Latih diri untuk mengemas dan menyimpan barang yang penting sahaja. -Gambar hiasan Jom semak barang-barang yang mungkin secara tidak sedar menjadi toksin di dalam rumah sendiri, sebagaimana perkongsian individu bernama Bei Kudyn Khan ini: 1. Objek yang tidak anda gunakan lagi. 2. Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak digunakan. 3. Benda rosak. 4. Kad dan nota lama. 5. Tumbuhan yang mati atau sakit. 6. Resit dan majalah lama. 7. Kasut koyak atau rosak. 8. Semua jenis perkara yang menggamit masa lalu. 9. Jika anda mempunyai anak, mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak. Rumah akan menjadi lebih berseri-seri selepas membuang barang yang lama dan tidak penting. -Gambar hiasan Untuk barang-barang lama yang sudah rosak, anda boleh terus membuangnya. Namun sekiranya masih elok, anda boleh memberinya sebagai hadiah kepada seseorang, menghantarnya ke rumah kebajikan untuk didermakan, atau ke pusat kitar semula. Apabila sudah membersihkannya, secara tidak langsung anda dapat melihat hasilnya seperti: 1. Kesihatan bertambah baik. 2. Kreativiti berkembang. 3. Hubungan menjadi lebih baik. 4. Terdapat kapasiti penaklukan yang lebih besar. 5. Mood bertambah baik. Jadi cuba ambil sedikit masa hujung minggu ini untuk melakukan dan nantikan hasil dan perubahannya. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube