SAMA seperti manusia, kucing juga memerlukan penjagaan gigi dan mulut. Cuba ingat kembali, bilakah kali terakhir anda memeriksa mulut si bulus kesayangan? Jika anda dapati mulut haiwan kesayangan berbau, sebenarnya ia adalah simptom kepada masalah gusi atau gigi. ARTIKEL BERKAITAN: Kucing terlentok manja, jejak kasih lepas 3 bulan tak jumpa... Begini rupanya cara si bulus ingat tuannya Jika tidak dirawat, akar gigi akan membusuk dan bernanah serta akhirnya mengakibatkan si bulus kesakitan hingga hilang selera makan. Jadi, sebagai 'cat parent', anda sewajarnya mempelajari beberapa langkah mudah untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi kucing supaya mereka sentiasa sihat, lincah dan keletah. 1.Periksa mulut secara berkala Lakukan pemeriksaan terhadap mulut kucing anda sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memastikan tiada tanda-tanda masalah gigi atau gusi. Perhatikan warna gusi, gigi yang patah atau reput, dan bau mulut yang tidak normal. Lakukan pemeriksaan mulut dan gigi si bulus secara berkala. -Gambar hiasan 2.Berus gigi Berus gigi si bulus sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu dengan menggunakan berus gigi khas untuk kucing dan ubat gigi yang selamat untuk haiwan. Tapi awas, jangan guna ubat gigi manusia, okay! 3.Pemilihan makanan Pemilihan makanan juga memberi kesan kepada gigi kucing. Makanan kering yang berkualiti tinggi boleh membantu membersihkan gigi kucing semasa mereka mengunyah. Tapi jangan lupakan makanan basah, sebab kucing perlu air daripada makanan mereka juga. Atau, dapatkan nasihat doktor jika si bulus anda mengalami masalah agar dapat memilih makanan yang bersesuaian. Pemilihan makanan juga memberi kesan kepada gigi kucing. -Gambar hiasan 4.Cegah karang gigi Sama juga seperti manusia, kucing juga berdepan dengan masalah karang gigi. Salah satu puncanya adalah pemakanan. Oleh itu, sentiasa bertanya atau merujuk doktor mengenai pemilihan makanan serta supplemen untuk merawat masalah si bulus. 5.Pantau simptom Jika anda dapati si bulus mempunyai tanda-tanda seperti bau mulut yang teruk, susah mahu mengunyah, gusi bengkak, segeralah bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan. Masalah gigi dan gusi boleh menyebabkan kesakitan dan masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube