suria

AI dalam telefon pintar, pilihan tepat anak muda... Ciri Samsung siri Galaxy S24 memang power!

Koleksi baharu Samsung siri Galaxy S24.

DUNIA pesat membangun seiring peredaran zaman, dan antara cabang dalam ketamadunan moden hari ini yang sering mendapat perhatian adalah perkembangan teknologi digital.

Turut menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat terutama media sosial tentunya pembangunan kecerdasan buatan (AI), iaitu keupayaan mesin ‘mempelajari’ kepintaran seorang manusia.

Kewujudan AI akan memudahkan kehidupan harian seseorang secara drastik, dengan kebanyakan tugasan yang dianggap renyah dan membosankan diambil alih oleh komputer, membolehkan manusia fokus kepada hal yang lebih penting.

Penggunaan AI sering digembar-gemburkan di negara Barat seperti kereta yang boleh memandu dengan sendirinya, tetapi siapa sangka, kini AI juga boleh menjadi sebahagian daripada peranti telefon pintar anda!

Kecerahan skrin Samsung siri Galaxy S24 tiada tandingannya.

Di Samsung, pengalaman anda bersama telefon pintar akan direvolusi 360 darjah ke tahap yang melangkaui fikiran dengan terlancarnya model Samsung siri Galaxy S24.

Kini kuasa mutlak AI akan berada di tapak tangan, membolehkan anda merentasi segala lurah dan puncak yang sebelum ini menjadi halangan, agar anda mampu menggapai potensi diri yang sepenuhnya.

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat ciri-ciri (feature) magis yang menanti anda dalam telefon pintar Samsung siri Galaxy S24.

Hidup tanpa stres dengan Samsung siri Galaxy S24

Terjemahan audio dalam panggilan telefon.

1) Penterjemahan audio panggilan secara live

Didatangkan dengan ciri baharu yang jarang ditemukan dalam telefon pintar, Samsung siri Galaxy S24 kini dilengkapi dengan bantuan panggilan.

Dikuasakan oleh AI, sistem ini mampu menterjemahkan audio perbualan anda secara langsung dan live, tanpa memerlukan penggunaan aplikasi pihak ketiga.

Kini perbualan anda bakal merentasi sempadan tanpa rintangan, tidak perlu lagi risau sekiranya individu yang sedang bercakap dengan anda mempunyai bahasa ibunda berlainan.

2) Terjemahan teks mesej secara terus

Bukan sekadar panggilan, penulisan anda pada emel atau mesej juga akan diterjemahkan dalam masa nyata secara lancar dan tepat dengan bantuan kuasa AI.

Sistem ini merentas pelbagai bahasa dari segenap pelusuk dunia tanpa memerlukan bantuan aplikasi pihak ketiga.

AI ini juga akan dimuatkan dengan ciri khas untuk memeriksa tatabahasa dan gaya penulisan anda, satu dimensi baharu yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.

Selain itu, AI turut mampu menyesuaikan terjemahan perbualan dengan situasi dan nada anda, kini anda mampu berbalas mesej secara profesional atau merangka tanda pagar baharu untuk majlis perkahwinan anda.

Kini terjemahan bahasa semudah kiraan satu, dua, tiga dengan peranti telefon pintar yang dilengkapi AI ini.

Teks diterjemah sepantas kilat menggunakan kuasa AI.

3) Semakan ke atas nota anda

Samsung siri Galaxy S24 dilengkapi dengan fungsi yang mampu mengemaskan tulisan tangan pada nota dalam telefon pintar, sama ada daripada segi jarak antara perkataan atau susunan perenggan.

Sedia maklum, pada hari yang padat, kita mungkin tergesa-gesa untuk mencatat sesuatu menggunakan pen digital sehingga menyebabkan penulisan menjadi cakar ayam.

Kini anda tidak perlu lagi risau, hanya perlu menulis dan biarkan sistem AI untuk ‘mencantikkan’ nota agar lebih mudah untuk membuat pembacaan di lain masa atau berkongsi nota kepada mereka yang lain.

Selain itu, peranti ini menampilkan kelainan dengan menghadirkan ciri untuk meringkaskan dan menterjemah nota anda ke bahasa berbeza, selain berkebolehan menggariskan dan mengeluarkan isi-isi penting daripada nota yang panjang.

Dengan bantuan AI juga, ia mampu memperbetulkan secara automatik format ejaan, tarikh dan masa agar maklumat pada nota anda sentiasa tepat. Tiada lagi masalah ‘typo’ untuk anda!

Dengan pelbagai ciri pada sistem ini, AI berupaya memastikan nota-nota anda tersusun rapi dengan memasukannya ke dalam kategori tertentu yang dicadangkan oleh analisa pengkomputeran sendiri.

Tangkap gambar seperti seorang profesional.

4) Bantuan AI untuk foto

Bercakap mengenai kamera dan kualiti gambar, manusia tidak dapat lari daripada membuat kesilapan sehingga melanggar hukum fotografi.

Gambar bergegar atau subjek tidak berada di tempat sepatutnya merupakan antara permasalahan yang sering timbul.

Jangan risau, peranti Samsung siri Galaxy S24 mempunyai solusi untuk semua!

Disempurnakan dengan bantuan AI, antara ciri istimewa pada kamera peranti ini adalah penghasilan latar belakang baharu untuk gambar-gambar anda, kini kreativiti fotografi hanya di hujung jari.

Ia dilengkapi dengan ciri untuk mengubah semula komposisi objek, jadi selepas ini masalah seperti subjek tidak jelas, kabur dan lain-lain boleh disunting terus dalam telefon pintar anda.

Selain itu, kuasa AI yang digunakan untuk ciri peranti ini dinamakan sebagai ‘Edit Sugggestion’.

Ia mampu mencadangkan apa yang boleh dilakukan oleh AI pada gambar tertentu seperti mode potret, menghapuskan bayang-bayang dan pantulan, pemadam objek dan banyak lagi!

Tidak dilupakan buat penggemar ‘slow-mo’, kini ciri baharu lebih hebat, peranti ini menawarkan ‘Instant Slow-mo’ yang mampu menjadikan video anda setaraf filem-filem.

Bulatkan pada paparan skrin untuk memulakan carian.

5) Sistem carian lebih efisien

Pasti pernah timbul persoalan tatkala membaca sesuatu istilah atau informasi ketika melayari platform media sosial.

Agak melecehkan jika hendak menutup aplikasi, membuka platform carian dan membuka semula aplikasi semata-mata untuk menggali maklumat tentang apa yang ingin diketahui.

Dengan Samsung siri Galaxy S24, ia semudah melukis bulatan pada perkataan atau gambar yang kita ingin ketahui lebih lanjut dan sistem AI pantas membuat carian.

Sistem AI ini juga mampu mengembangkan soalan yang berpatutan daripada hasil carian istilah tersebut agar anda boleh mendapatkan maklumat tambahan.

Promosi pembelian awal.

Jadi, kepada anda yang ingin memiliki telefon pintar Samsung siri Galaxy S24, anda boleh membuat pra-pesanan bermula 18 Januari hingga 6 Februari ini.

Berita baik untuk mereka yang membuat pra-pesanan! Anda juga layak mendapat peningkatan storan berganda bernilai RM500 dan berpeluang membawa pulang e-baucar bernilai RM500.

Samsung juga menawarkan tukar beli atau ‘trade-in’ sehingga RM650, aksesori dan Samsung care dengan diskaun sehingga 45 peratus.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan Samsung siri Galaxy S24 hari ini! Maklumat lanjut layari Samsung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain