suria

Rumah kemas walau ada 3 anak sedang membesar, wanita ini praktikkan 7 peraturan! Patut dicontohi ibu-ibu lain

Mengajak anak membantu melakukan kerja rumah juga dapat mendidik mereka sifat disiplin. -Gambar hiasan/The Star

SELALU kita dengar orang cakap, golongan ibu jika naik angin, garangnya macam harimau!

Lebih-lebih lagi kalau mempunyai ramai anak yang sedang membesar.

Baru sahaja kemas ruang tamu, tidak sampai setengah jam, habis bersepah semula dengan mainan dan segala macam barang lain.

Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan kediaman sentiasa kemas dan bersih, tambahan pula tidak semua orang mampu menggaji pembantu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Usah disimpan ‘kenangan’ lalu, boleh jadi toksin dalam rumah! Ini 9 benda yang patut anda lupuskan

Namun bukanlah sesuatu yang mustahil juga jika para ibu tegas mempraktikkan peraturan di rumah untuk dipatuhi oleh anak-anak, sebagaimana perkongsian seorang wanita bernama Wan Nur Atikah ini.

Dia yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar ini berkongsi tujuh peraturan yang dipraktikkan di rumahnya, sebagai panduan bersama ibu lain.

Jom ikuti perkongsiannya:

1) Anak bermain satu tempat saja

Tetapkan bermain hanya di dalam bilik anak-anak sahaja. Di ruang tamu tak dibenarkan bermain. Makan pun hanya di meja makan dan makan mesti serentak. Ini secara tidak langsung memudahkan kerja mengemas, sekali harung.

Tegel airport is now being used as a reception centre for people fleeing the war in Ukraine. Photo: Monika Skolimowska/dpa-Zentralbild/dpa

Menggalakkan anak bermain di satu tempat memudahkan tugas untuk mengemas. -Gambar hiasan/DPA

2) Tak simpan barang

Wan Nur Atikah tak suka simpan barang sebab rumah tiada stor. Sesetengah orang akan simpan barang yang ada nilai sentimental tapi dia tidak. Kebanyakan barang di dalam rumah adalah barang kegunaan harian. Bila rasa lama tak guna, dia akan letak di luar rumah untuk suami 'selesaikan' kan sama ada nak jual semula, sedekah atau buang.

3) Jangan beli barang tak sesuai dengan rumah

Jangan beli atau bawa masuk barang yang dirasakan tak ikut tema rumah atau akan buat rumah berserabut. Contohnya dulu Wan Nur Atikah ada banyak raga baju yang besar dengan pelbagai warna. Bila masuk rumah baharu, barang ini terus dia bagi kepada orang lain yang mahukannya.

4) Tetapkan tema warna rumah

Wan Nur Atikah mahukan yang 'simple' saja sebab anak tengah lasak nak berlari, main kejar-kejar. Jadi setiap kali nak beli barang hiasan rumah kena fikir dulu.

Hanya menyimpan barang-barang yang penting supaya rumah tidak terlalu bersepah. -Gambar hiasan/TheStar

5) Ajak anak kemas rumah bersama

Bekerja sebagai jururawat, waktu tak menentu jadi dia tiada masa nak kemas 24 jam. Sebelum tidur, dia akan ajak anak-anak kemas bersama. Vakum dan mop rumah, jadi bila bangun tidur dan balik kerja rumah masih kemas. Bila rumah berserabut mood boleh berubah.

6) Baju semua gantung

Ini mengurangkan risiko lambakan baju dalam raga, dan menjimatkan masa untuk melipat. Baju anak yang sudah tidak muat, dia asingkan terus beri orang atau buang.

7) Peralatan dapur beli satu set

Peralatan serta pinggan mangkuk beli satu set yang sama corak. Itulah yang dipakai untuk kegunaan harian dan tetamu. Dia tiada ruang khas untuk simpan pinggan mangkuk yang tidak digunakan sebab rumah kecil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain