suria

Pad, panty liner bukan untuk period saja! Sangat berguna untuk 5 situasi ini yang tak pernah anda jangka

Panty liner mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada menampung lelehan daripada faraj. -Gambar hiasan

TUALA wanita atau pad dan panty liner sememangnya dua barang yang sangat sinonim dengan wanita.

Kedua-dua item ini dicipta khas untuk menampung aliran darah sewaktu haid atau nifas.

Namun kini, fungsi pad mahupun panty liner tidak terbatas untuk kegunaan tersebut semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke bahaya guna pad sanitasi? Ketahui tip elak risiko penyakit kronik kerana penggunaan tuala wanita

Rupa-rupanya kedua-duanya sangat berguna untuk perkara atau situasi yang langsung tidak kita jangka, antaranya seperti berikut:

1) Pewangi laci atau almari

Caranya mudah saja, titiskan atau semburkan pewangi pada pad atau panty liner yang belum digunakan dan letakkan di dalam laci atau mana-mana bahagian almari.

2) Elak tumit melecet

Ini merupakan salah satu daripada kegunaan panty liner yang agak popular. Disebabkan lapisannya yang nipis dan lembut, panty liner dilekatkan di bahagian belakang kasut untuk mengelakkan tumit melecet.

panty 2

Salah satu kegunaan panty liner adalah mewanginkan laci atau almari. -Gambar hiasan/Cleverlyme

3) Pelapik kasut

Pasti ramai yang biasa mengalami situasi kaki berpeluh apabila memakai kasut terlalu lama. Secara tidak langsung, peluh akan menyebabkan lapisan dalam kasut menjadi licin. Melekatkan panty liner dapat menyerap peluh dan bahagian dalam kasut akan kering.

4) Serap peluh ketiak

Bagi individu yang mudah berpeluh, pasti timbul rasa segan apabila muncul tompokan peluh terutamanya pada bahagian ketiak. Jadi untuk elak ketiak basah dan tinggalkan kesan kuning pada baju, letakkan panty liner pada bahagian ketiak baju. Ia akan menyerap peluh.

panty 1

Panty liner juga boleh digunakan sebagai pelapik untuk menyerap peluh kaki. -Gambar hiasan/Cleverlyme

5) Menampal luka

Sekiranya tiada plaster, panty liner boleh digunakan untuk menampal bahagian yang mengalami luka kecil buat sementara waktu untuk mengelakkan luka terdedah serta menyerap darah.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain