suria

Suri rumah kongsi ‘trick’ jaga poket suami, cara mudah kawal kewangan keluarga - “Apa yang boleh dicatu, aku catu”

Wanita yang tidak bekerja juga boleh memberi sumbangan kepada ekonomi keluarga. -Gambar hiasan

SETIAP orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menguruskan kewangan mereka.

Bagi pengguna Facebook dikenali sebagai Surina Shahril Rayyan pula, dia berpendapat wanita yang tidak bekerja juga boleh memberi sumbangan kepada keluarga.

Jelas Surina, dia mengamalkan banyak langkah penjimatan, sekali gus dapat membantu suaminya yang bekerja sendirian untuk menyara kehidupan keluarga.

"Aku suri rumah. Suami aku kerja seorang, gaji tetap. 100 peratus head to toe kami anak-beranak termasuk aku dan tiga orang anak ditanggung suami.

suri2

Bahan-bahan masakan boleh kekal lama jika disimpan dengan cara betul.

"Jadi aku sebagai isteri boleh tolong jaga kewangan keluarga dengan berjimat. Apa yang boleh dicatu, aku catu. Hina ke apabila berjimat dan bercatu? Tidak. It's okey to downgrade, bukan kita minta beras jiran.

"Ubah cara kita kepada yang lebih menjimatkan poket, lebih-lebih lagi kita sebagai suri rumah, income pun tiada. Jadi inilah sumbangan kecil kita dalam keluarga," tulisnya.

Contoh yang dikongsinya:

1. Masak setiap hari

Walaupun ada yang beranggapan memasak setiap hari akan memakan kos yang tinggi, sebenarnya ia jauh lebih murah berbanding beli atau makan di luar. Ini terbukti. Tapi sekali-sekala boleh juga makan di luar.

Kalau masak lauk berkuah dan ada baki kuah, jangan buang lebihan itu. Sebaliknya, boleh bekukan dalam peti sejuk. Lain kali, boleh tambah lauk saja dalam kuah itu.

suri3

Suri rumah beranggapan memasak di rumah lebih jimat berbanding makan di kedai atau restoran.

Kalau bekerja pula, cuba masak pada hujung minggu dan bekukan lauk. Setiap hari balik kerja, boleh terus panaskan lauk itu.

Boleh cuba try and error untuk lihat cashflow anda.

2. Jaga bahan masakan sebaiknya

Lengkuas, serai, kunyit dan halia sebenarnya boleh tahan sehingga lima bulan sekiranya ia disimpan dengan cara betul. Dengan cara ini, ia dapat menjimatkan perbelanjaan anda.

3. Buat makanan homemade

Kanak-kanak pastinya gemar makanan ringan seperti nugget, sosej serta kerepek. Menurut Surina, dia biasanya akan membuat nugget homemade, kentang goreng homemade dan keropok lekor homemade.

Dengan cara itu, dia bukan sahaja dapat berjimat, sebaliknya lebih yakin dengan bahan-bahan makanan yang mahu dihidangkan kepada anak-anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain