LANGIT tak selalunya cerah, sampai masa pasti hujan. Begitu juga dengan kehidupan, persediaan awal bagi berdepan musibah pada hari mendatang perlu dilakukan lebih awal. Terbaharu, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) memperkenalkan PruBSN Warisan Gold, satu pelan inovatif bagi melindungi anda dan keluarga daripada impak risiko kewangan serta situasi yang tidak terduga. Pelan ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk perlindungan yang bernilai tinggi bagi kematian, peningkatan automatik dalam jumlah perlindungan, bonus warisan dan pelbagai manfaat tambahan lain. PruBSN Warisan Gold dirangka dengan teliti untuk menangani kebimbangan keluarga dalam memastikan masa depan kewangan mereka kekal terjamin di sebalik ketidaktentuan dalam kehidupan. Ia turut mensasarkan segmen pasaran yang lebih luas termasuk keluarga muda dan matang yang mencari produk perlindungan terbaik. Dengan tawaran Hibah Takaful yang inovatif, pelan ini memastikan dalam situasi yang sukar, waris dapat menghadapi cabaran kehidupan dengan kedudukan kewangan yang terjamin. Apa yang menariknya, pelan ini turut menyediakan pilihan sedekah atau wakaf yang memberi peluang bagi pelanggan memberikan sumbangan untuk tujuan amal. Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Takaful Berhad, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata pelan itu juga bertujuan memupuk daya tahan kewangan dan memberikan pelanggan masa depan lebih terjamin. Dapatkan pelan perlindungan demi melindungi diri sendiri dan keluarga. -Gambar hiasan "Pelan yang ditambah baik ini merupakan siri ketiga bagi solusi takaful PruBSN Warisan yang dilancarkan sejak tahun 2016. Sehingga tahun 2023, kami telah dan akan terus melindungi lebih daripada 200,000 individu, dengan nilai jumlah perlindungan sebanyak RM84 bilion. "Sehingga hari ini, jumlah tuntutan yang diluluskan bagi perlindungan ini mencecah lebih daripada RM160 juta. "PruBSN WarisanGold mencerminkan komitmen kami untuk membantu memupuk daya tahan kewangan, memberikan pelanggan kami masa depan yang lebih terjamin dan tenang untuk diri mereka dan juga insan tersayang," ujarnya. Bersempena dengan pelancaran PruBSN WarisanGold, PruBSN akan memberikan ganjaran eksklusif melalui kempen PruBSN WarisanGold Golden Opportunity. Bagi pelanggan yang menyertai PruBSN WarisanGold dengan jumlah perlindungan asas minimum bermula dari RM500,000, pelanggan layak berpeluang untuk memenangi sehingga dua keping Wafer Syiling Emas 999.9 daripada Habib (tertakluk kepada terma dan syarat). Pelanggan juga layak untuk menyertai Cabutan Rezeki yang menawarkan hadiah emas yang lebih menarik. Tawaran ini sah bermula 29 Februari hingga 30 April 2024. Dengan sumbangan yang bermula daripada RM50 bagi seorang kanak-kanak dan RM100 bagi seorang dewasa, pelan PruBSN WarisanGold turut mencakupi manfaat tambahan yang serba inovatif, menggandingkan jumlah perlindungan yang tinggi, suntikan nilai tunai, serta ganjaran kematangan, semuanya dirangkumkan dalam sebuah pakej yang komprehensif. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube