SESI persekolahan bagi tahun 2024 akan dibuka pada 10 dan 11 Mac ini. Pada saat ini, golongan ibu pastinya sibuk menguruskan persiapan persekolahan anak-anak. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, tiada masalah untuk mereka membeli baju sekolah baharu. Namun bagi yang kurang berkemampuan, apa kata cuba cara ini untuk membersihkan pakaian seragam anak yang kebanyakannya berwarna putih. Menurut Leena Hassan, dia pernah membuat 'eksperimen' dengan menggunakan pelbagai jenis sabun dan cecair pencuci. Pakaian putih paling berisiko untuk kotor, apatah lagi jika ia dipakai oleh kanak-kanak. Hasilnya, pakaian putih sering bertukar kuning dan kelihatan kusam. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan cara paling berkesan dengan menggunakan sabun mandi sahaja. Menurut Leena, pertama sekali dia akan memarut sabun buku untuk mandian itu. Kemudian, rendam pakaian putih di dalam air bersama parutan sabun berkenaan. Selepas dibiarkan selama satu malam, cuci baju seperti biasa menggunakan mesin basuh tanpa perlu menyetalnya. "Hasilnya baju putih betul-betul putih seputihnya," kongsi Leena. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube