suria

Tak perlu racun! Kontraktor ajar cara mudah ‘matikan’ pokok besar, tak payah risau tumbuh semula

Kontraktor membuat alur di atas keratan batang bagi 'mematikan' pokok atau menyekatnya daripada tumbuh semula.

SEORANG pengguna Facebook meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kaedah untuk 'mematikan' pokok besar.

Katanya, kaedah itu diajar oleh seorang kontraktor dan ia tidak langsung tidak memerlukan penggunaan racun.

"Saya cuma ingin berkongsi salah satu kaedah mematikan pokok besar yang saya dapat daripada kontraktor. Ini gambar di kawasan rumah saya. Setahun yang lepas ada kontraktor datang tebang beberapa pokok besar di kawasan perumahan saya.

"Dengan 'chainsaw' kontraktor tu buat alur petak-petak macam gambar ni. Hasilnya sampai sekarang tak ada tumbuh anak-anak pokok yang baru. Tak ada isi racun pun. Hanya gunakan 'chainsaw' semata-mata.

"Bolehlah gunakan kaedah ni di rumah kita. Kecuali kalau nak buang sekali dengan akar terpaksalah korek tanah tu," ujarnya.

pokok2

Kaedah ini dikatakan boleh 'mematikan' pokok besar.

Perkongsian di grup Facebook Tukang Apa Hari Ini yang dibuat oleh Uzayr Ezra itu meraih 11,000 tanda suka (likes) dan dihujani lebih 840 komen netizen.

Malah, beberapa individu turut meninggalkan komen tentang keberkesanan teknik berkenaan.

"Ya memang ini teknik untuk matikan pokok.

"Ya kontraktor landskap memang ajar macam ni.

"Letak garam, nanti rosak sampai ke akar," saran netizen pula.

Beberapa netizen turut berkongsi kaedah lain untuk 'mematikan' pokok, antaranya dengan menggunakan minyak hitam terpakai dan membuat unggun api di atas akar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain