suria

Bebaskan bau hapak! Guna kombo 4 bahan ini di bilik tidur, dijamin bau segar dan harum

Bilik yang berbau busuk boleh bertukar wangi dengan penyegar DIY ini. -Gambar hiasan

BILIK merupakan ruang privasi untuk kita beristirehat dan melelapkan mata.

Namun jika ruang itu berbau kepam, pastinya akan membuatkan sang penghuni tidak selesa.

Pemilik akaun Facebook Hafiz Misron ada berkongsi cara mudah untuk membuat penyegar bilik menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Bahan-bahan:

1. Cuka

2. Kulit buah (oren, limau, lemon)

3. Daun herba (pudina, rosemary, selasih, thyme)

4. Air suling

Amanda Sabri For Enterpreneur@Work SME Biz .....Sam Tham/Star

Penyegar DIY memberi kesegaran di bilik tidur anda. -Gambar hiasan

Cara penyediaan:

Mula-mula sekali campurkan cuka, kulit buah-buahan dan daun herba ke dalam jag dan tutupkan ia.

Kemudian simpan di tempat yang sejuk dan gelap. Biarkan selama dua minggu. Lebih lama lebih bagus sebab ia memberikan aroma lebih kuat nanti.

Sukatan ini adalah untuk satu liter botol spray. Nak buat lebih, boleh lebihkan sukatan.

Selepas sekurang-kurangnya dua minggu, boleh campurkan sukatan tadi dengan secawan air suling. Masuk dalam botol spray. Nak tambah wangi lagi boleh titiskan beberapa essential oil (minyak pati) bauan kesukaan anda.

Kemudian, spray saja di segenap ruang bilik tidur. Pasti tidur kalian lebih lena nanti. Selamat mencuba.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain