suria

Dapat pengiktirafan MBOR, KyoChon hargai pelanggan dalam promosi Ramadan

KyoChon 1991 menawarkan pelbagai promosi menarik Ramadan ini.

KALAU anda buntu mahu makan apa untuk iftar, apa kata cuba ubah selera dengan menikmati hidangan berasaskan ayam dari Korea Selatan, KyoChon 1991.

Cukup menarik kerana pada Ramadan kali ini promosi menu Makan Bersama KyoChon 1991 sekali lagi ditawarkan buat seluruh pelanggannya, terutama yang

beragama Islam.

Promosi ini juga dibuat bagi menghargai pelanggan selepas KyoChon 1991 mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records apabila mencatatkan penjualan kepak ayam goreng Korea terbanyak dalam sehari.

WhatsApp Image 2024-03-13 at 14.01.17

KyoChon 1991 mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

Data tersebut direkodkan apabila 99,092 kepak ayam goreng terjual di lebih dari 30 premis di seluruh Malaysia dalam sehari.

Untuk promosi Ramadan, sama ada makan secara berpasangan, bertiga atau berempat, anda boleh memesan menu ikonik seperti ‘Whole Chicken’, ‘Half Chicken’ atau ‘Wingette & Drumette’ yang bermula pada harga RM65 sahaja.

Hidangan sampingan seperti salad, nasi, dan jeruk lobak putih akan diberi percuma.

Bagi mereka yang memilih untuk makan di premis, anda boleh menikmati minuman dan sup rumpai laut secara percuma tanpa had apabila memesan mana-mana daripada menu kombo Makan Bersama KyoChon 1991.

WhatsApp Image 2024-03-13 at 13.48.26

Sampul raya Kyochon mungkin menjadi milik anda.

Sebuah ‘Party Cooler Bag’ bernilai RM19.90 akan diberikan percuma jika pelanggan memesan Kombo Meriah untuk dibawa pulang.

Kombo Meriah yang sesuai untuk empat orang dilengkapi dengan ‘Whole Chicken’, ‘So-tteok So-tteok Sampler’, ‘Golden Wedges’, ‘Organic Green Salad’, empat nasi, empat minuman dan lobak putih pada harga RM130.

Menu Makan Bersama KyoChon 1991 yang merupakan tema Ramadan dan raya jenama ikonik untuk tahun ketiga berturut-turut turut menampilkan set sampul raya premium dengan pemandangan kampung tradisional.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain