KEMATIAN kucing kesayangan merupakan mimpi ngeri yang paling ditakuti oleh pemilik si bulus. Di aplikasi TikTok, akaun Pawmisedland turut berkongsi tanda-tanda yang boleh anda perhatikan sebelum kematian si bulus tersayang. Menurut Pawmisedland, kebiasaannya sesetengah kucing akan menunjukkan beberapa tanda dengan jelas sebelum mati. "Bila kucing mendekati akhir hayatnya, mereka menunjukkan tanda-tanda yang jelas di depan anda. "Ada kajian menunjukkan dalam tiga bulan terakhir hidup mereka, kucing akan mengubah tingkah laku mereka. "Pertama, mereka akan selalu berada dekat dengan manusia kegemaran mereka, cuba menandakan bau mereka dengan manusia itu," ujar pemilik akaun TikTok tersebut. Antara tanda lain, kucing anda juga mungkin akan mengulangi tingkah laku zaman kecil dan mula mengasingkan diri menjelang kematian. Ramai pemilik kucing tidak bersedia untuk kehilangan si bulus kesayangan mereka. -Gambar hiasan "Mereka juga mungkin melakukan semua tingkah dari zaman anak kucing, contohnya meminta masa bermain atau membawa harta tersembunyi. "Kucing indoor boleh rasa akhir hayat mereka semakin hampir dan ia akan jadi jelas bila mereka meronda (mendekati) anda lebih kerap atau bersembunyi di sudut-sudut yang tak terlihat "Bila anda melihat mereka mungkin bergerak ke tempat lain kerana mereka mungkin risau bahawa kehadiran mereka boleh menarik perhatian pemburu bila mereka dah tak ada di dunia ini. "Sebenarnya mereka rasa bimbang dengan keselamatan anda, jadi mereka memilih tempat tersembunyi untuk hari-hari terakhir mereka," menurut Pawmisedland lagi. Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi perkara sama yang dilalui sebelum kematian kucing mereka. "Kucing saya waktu dah nak sampai ajal, ia seboleh-boleh cari jalan nak keluar dari rumah, kemudian dapat lari. Esoknya jumpa dah mati kat depan rumah. "Real. Ingatkan hilang sebab orang ambil, rupanya pergi ke alam lain. "Ya banyak kucing saya mati di tempat-tempat sunyi dalam rumah," kongsi beberapa individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube