suria

Menu sahur Sonny Bill Williams jadi perhatian, ringkas tapi mampu kenyang seharian

Williams mengambil lima biji telur bersama bubur untuk bersahur.

SETIAP orang mempunyai selera atau pilihan tersendiri ketika bersahur.

Ada yang gemar makan nasi dengan pelbagai jenis lauk, namun ada juga sekadar bersahur dengan sekeping roti dan air kosong.

Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams turut berkongsi menu sahur yang diamalkannya.

"Hidangan sahur saya. Sedap dan ringkas. Lima (biji) telur dan bubur dengan krim di dalamnya, air (gelas) besar dengan madu dan garam. Bismillah," ciap Williams menerusi platform X.

Meskipun ringkas, menu yang diamalkan Williams sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Menurut Healthline, telur adalah salah satu daripada beberapa makanan yang harus diklasifikasikan sebagai 'makanan super'.

william2

Williams berkongsi amalan sahurnya menerusi ciapan di laman X.

Malah, telur adalah antara makanan yang paling berkhasiat di planet ini.

Jika tidak mahu mengikut cara Williams, anda boleh sahaja menikmati telur goreng bersama kicap dan nasi panas ketika bersahur.

Bagi mengekalkan tenaga berpanjangan ketika berpuasa, anda juga digalakkan untuk makan hidangan berasaskan bubur seperti oatmeal.

Oat adalah antara bijirin yang paling sihat, ia padat dengan nutrien, sumber serat yang boleh dipercayai dan boleh membuatkan anda kenyang lebih lama kerana dihadam dengan perlahan, menjadikannya hidangan yang sesuai untuk sahur.

Bagi mereka yang tidak menggemari oat yang tawar, anda boleh meletakkan anekah buah-buahan yang digemari seperti strawberi, anggur atau pisang.

Selain itu, boleh juga memasukkan madu ke dalam hidangan oat untuk menambah rasa manis semula jadi.

Gula semula jadi dalam madu juga diserap dengan cepat dan mampu memberikan rangsangan tenaga serta-merta kepada kita.

Malah, ia juga mempunyai kandungan fruktosa yang diserap dengan lebih perlahan dan memberikan tenaga yang berterusan.

sonnu

Williams memeluk Islam pada tahun 2009.

Trivia

Williams pernah berjiran dengan sebuah keluarga dari Tunisia selepas berpindah ke Perancis di awal kerjayanya.

Williams bukan sahaja rapat dengan keluarga itu, malah turut terinspirasi dengan kesederhanaan yang diamalkan dalam kehidupan mereka.

Keluarga itu banyak memberi inspirasi kepada Williams sehingga dia akhirnya memeluk Islam pada tahun 2009 ketika masih berada di Perancis.

"Saya belajar tentang kesederhanaan dengan mereka. Kesederhanaan adalah kunci, bukan sahaja ketika di atas padang, malah ketika di luar padang juga.

"Saya kini bergelar seorang Muslim sejati. Islam memberikan rasa bahagia dan membuatkan saya lebih bersyukur sebagai manusia. Saya percaya akan Islam dan ia membantu membentuk siapa saya hari ini," ujarnya.

Untuk rekod, bekas legenda ragbi New Zealand itu dilahirkan pada 3 Ogos 1985.

Selain sukan ragbi, Williams juga merupakan seorang petinju.

Ketika zaman kegemilangannya, Williams juga pernah ditangkap berduaan dalam posisi menghairahkan dengan seorang model di dalam tandas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain