TANPA disiplin dalam diri, hasrat anda untuk menabung pastinya tak akan berhasil.
Malah, ramai yang berputus asa di tengah jalan kerana tidak mampu untuk menyimpang wang secara konsisten.
Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Safura Planner pernah berkongsi satu cara mudah untuk menyimpan wang sebanyak RM3,300 dalam tempoh setahun.
Meskipun nilainya tidak begitu tinggi, namun banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan wang sebanyak RM3,300 itu.
Cara-cara:
RM1 - Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 - Simpan setiap minggu dua keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 - Simpan setiap minggu dua keping. Total setahun genapkan RM1,000
RM20 - Simpan setiap bulan dua keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 - Simpan ikut bulan genap (Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 - Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
Maka jumlah keseluruhan setahun RM3,300.
Kaedah simpanan ini sesuai untuk mereka yang mahu mengumpul wang untuk membayar deposit pembelian kereta, berkahwin atau melancong.
Jadi apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita menabung!
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube