MELIHAT keadaan meja kerja dan bilik yang kemas membuatkan kita menganggap pemiliknya seorang yang rajin dan terurus. Berbeza pula persepsi jika melihat meja seseorang itu penuh dengan kertas dan sampah membuatkan kita menganggap pemiliknya seorang yang bodoh, pengotor dan pemalas. Menurut pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar, kajian dibuat Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mendapati pekerja yang memiliki meja teratur cenderung melakukan pekerjaan yang diberikan kepadanya semata-mata. Berlainan pula bagi mereka yang memiliki meja dan keadaan bilik berselerak yang mampu bekerja lebih produktif, kreatif serta mencetuskan idea baharu untuk meningkatkan kualiti kerja. Keadaan meja dikatakan mempengaruhi tahap kecerdasan otak seseorang. Hasil kajian diperolehi melalui koresponden yang memiliki bilik bersepah memiliki tahap IQ yang lebih tinggi berbanding individu yang memiliki bilik teratur dan kemas. Sebenarnya terdapat banyak lagi kajian serta cara untuk mengena lpasti tanda-tanda sekiranya seseorang individu itu mempunyai kecerdasan otak yang baik. Malah, adalah lebih baik jika kita mengemas sahaja meja dan menyusun barang supaya nampak lebih teratur sekali gus membuatkan kita dan orang sekeliling berasa selesa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube