RUMAH yang bersih dan diharumkan dengan bau-bauan seperti aromaterapi sememangnya menambah keselesaan buat penghuni dan tetamu. Selain memberikan ketenangan, bau-bauan tidak menyenangkan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar. Bagi mereka yang ingin mengadakan rumah terbuka sempena Syawal ini, sudah pasti wangian kediaman menjadi salah satu perkara penting. Sebenarnya anda boleh manfaatkan barangan sedia ada dalam kediaman tanpa perlu mengeluarkan belanja besar untuk tujuan ini. Menerusi perkongsian seorang suri rumah di TikTok, Normy Hazrif berkongsi 'rahsia' dia mewangikan kediamannya. Bahan-bahan direbus untuk menghasilkan bau wangi. Bahan-bahan: 1. Hirisan buah oren 2. Hirisan buah lemon 3. Bunga lawang 4. Bunga cengkih 5. Rosemari 6. Esen vanila Seperti yang diajarkan oleh Normy, didihkan kesemua bahan dalam periuk di atas api yang sederhana dalam beberapa minit. Air didihan tersebut akan menjadikan ruangan rumah harum dengan aroma yang boleh mencetuskan ketenangan, kesegaran dan keselesaan. Selain itu, Normy juga mencadangkan daun pandan dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube