suria

Wanita dedah rahsia ramai kaum Cina boleh kaya! Tak susah sebenarnya, semua orang boleh amalkan

Ramai orang Cina memilih untuk melabur atau berniaga berbanding berbelanja.

SETIAP orang mempunyai impian ingin menjadi kaya-raya supaya segala keperluan dan kehendak dapat dipenuhi.

Seperti kita sedia maklum, di Malaysia individu berbangsa Cina sering dikaitkan dengan kehidupan sebegini.

Bagaimanapun, mengumpul kekayaan dan mengekalkannya tidak mudah namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Baru-baru ini, seorang wanita, Kakwa Lina membuat perkongsian di Facebook mengenai lima rahsia orang Cina membina kejayaan dan kekayaan.

1. Bantu adik-beradik

Lina bercerita mengenai sepupunya yang merupakan anak sulung dalam keluarga sebagai contoh.

Menurut Lina, sepupunya berkongsi rahsia perniagaan dengan membangunkan bisnes bersama tiga adik-beradiknya yang menguruskan bisnes berkaitan kereta.

Ini disebabkan budaya orang Cina yang tidak sampai hati melihat adik beradik lain hidup susah dengan ada yang menjalani kehidupan bersenang-lenang.

Hasilnya, semua adik-beradik sepupunya berjaya menjadi jutawan dengan membuka tiga jenis premis iaitu bengkel kereta, servis pendingin hawa dan kedai aksesori serta ubah suai kenderaan.

2. Kembang harta sedia ada

Bagi orang Cina yang memiliki duit dengan jumlah ratusan ribu ringgit, mereka tidak menggunakannya untuk berpoligami.

Jelasnya, hidup berpoligami hanya bakal menambahkan beban dan mengecilkan lagi nisbah harta apabila dibahagikan kelak.

Menurut Lina, mereka lebih memilih untuk membeli rumah atau hartanah berharga RM100,000 sebagai pelaburan jangka panjang.

Dengan membina portfolio hartanah, keuntungan bakal menjadi dua kali ganda dalam masa 10 tahun.

Membeli rumah dan membuat simpanan merupakan salah satu bentuk pelaburan orang Cina.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya golongan dewasa lebih memilih untuk tinggal bersama ibu dan bapa berbanding di rumah sendiri.

Ini kerana mereka menggunakan lebihan duit untuk membeli rumah dan disewakan kepada orang lain atau membina pasar raya yang lebih menguntungkan.

Malah, jarang sekali berlaku perebutan harta dalam keluarga Cina kerana mereka lebih memilih untuk berpakat dan mengembangkan harta dengan membuka bisnes famili.

3. Gembira atas kejayaan orang lain

Perasan tak kalau kedai Cina yang baru buka, akan ada banyak jambangan bunga dengan ucapan semoga berjaya dalam perniagaan kepada pemilik bisnes?

Ini kerana mereka tumpang gembira dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang berjaya dalam perniagaan dan sebagai tanda ibu dan bapanya tidak akan hidup dalam kesusahan.

Jelas Lina, tidak perlu untuk mempunyai hasad dengki kerana kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka membina sesebuah perniagaan.

Kebanyakan kaum Cina malah lebih senang hati memberi sokongan dengan membeli atau menggunakan servis sesama mereka.

Orang Cina memilih untuk membina portfolio untuk mendapatkan keuntungan jangka masa panjang.

4. Simpan dahulu sebelum belanja

Duit yang dimiliki adalah lebih baik sekiranya disimpan dalam Simpanan Tetap (fixed deposit), unit trust dan bank.

Kaedah ini bertujuan supaya kita hanya menggunakan hasil keuntungan daripada pelaburan dibuat.

Menurut Lina sekiranya mahu membeli sesuatu, tangguh keinginan sehingga hujung bulan.

Sekiranya terdapat lebihan, barulah guna duit tersebut untuk membeli barang yang diingini.

Kata Lina, orang Melayu lebih beruntung dalam dunia pelaburan kerana mereka boleh menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).

5. Tak suka berhutang

Kata Lina, mereka tidak suka berhutang untuk membeli barangan seperti telefon pintar, peti sejuk, perabot.

Tetapi sebaliknya orang Cina lebih suka mengumpul duit dan 'tahan nafsu' terlebih dahulu untuk membeli kehendak secara tunai yang tiada faedah (interest).

Biasanya mereka hanya berhutang untuk membeli rumah dan kereta namun tetap cuba dilangsaikan dengan segera untuk mendapatkan rebat.

Memandangkan nilai sesebuah kereta susut dengan cepat, mereka lebih memilih untuk membeli kenderaan daripada jenama Honda dan Toyota yang tidak memerlukan kos besar untuk servis.

Bagaimanapun, masih ada golongan Cina yang membeli kereta mewah tetapi hutangnya dilangsaikan segera demi mengurangkan cukai pendapatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain