suria

Ilmu elak kena tipu beli tayar ‘expired’, ini cara betul nak baca kod... Semua nombor ada maksud!

Semak kod pada tayar sebelum membelinya.

TAYAR kenderaan pastinya akan mengalami haus atau 'botak' apabila sudah dipakai untuk beberapa tempoh tertentu.

Oleh itu, pemilik kenderaan disarankan untuk menukar tayar setiap dua tahun bagi mengelak daripada berlaku sebarang kemalangan.

Bagaimanapun sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah mengetahui sedikit sebanyak mengenai tayar kenderaan untuk mengelakkan daripada ditipu penjual tayar.

Malah sebelum ini terdapat banyak penjual yang mengeluarkan tayar lama lalu menjualnya dengan harga mahal demi mengaut keuntungan lebih.

Untuk makluman, tempoh penggunaan tayar adalah selama lima tahun dari tarikh pembuatannya.

Walaupun tayar baharu yang berusia lebih lima tahun ini masih boleh dipakai namun getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh.

Bacaan kod pada setiap tayar menentukan tarikh pembuatannya.

Sebelum membuat pembayaran, periksa dulu tarikh pembuatannya menerusi kod tayar atau indeks.

Perhatikan kod yang tertera pada bahagian sisi tayar yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut.

Sebagai contoh sekiranya kod ditulis 2519, ia bermaksud tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.

Selain itu juga, dengan mengetahui maksud kod tayar, anda dapat membeli tayar yang sesuai untuk kereta digunakan.

Sebagai contoh, sekiranya tahap kelajuan untuk penggunaan tayar tersebut ialah 210km/j (kod H), tayar ini tidak sesuai untuk kereta anda yang mempunyai had kelajuan sehingga 300km/j.

Tayar yang dipandu melebihi had kelajuannya boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain