PENYAMAN udara merupakan antara peranti di kediaman yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Sebelum ini pernah dikongsikan tip penjimatan tenaga iaitu dengan menetapkan penyaman udara pada suhu ideal antara 23 hingga 24 darjah Celcius Kini melalui satu hantaran di laman TikTok oleh seorang pemuda dikenali sebagai @sipeanutshahalam11, ada didedahkan petua baharu supaya penyaman udara lebih mesra tenaga. ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia di sebalik suhu aircond 16 darjah Celcius! Anda kena buat ini pada remote control jika nak jimat elektrik "Bil bulanan aku pada mulanya RM96.95, tapi selepas guna teknik ini untuk aircond, bil elektrik aku menurun kepada RM43.70. Hampir RM50 juga beza, banyak tu. "Untuk makluman, rumah aku ada dua penyaman udara, satu di ruang tamu dan lagi satu di bilik tidur. Caranya mudah je, anda hanya perlu ubah satu setting ni pada remote control penyaman udara," jelasnya. Ayuh kita lihat! Penjimatan bil elektrik yang ketara. Dry mode Menurut pemuda berkenaan, penyaman udara di rumahnya diletakkan pada ketetapan dry mode. "Dekat aircond ni ada dua setting, satu cool mode dan lagi satu dry mode. Kita biasanya dekat Malaysia letak cool mode supaya ruangan bilik betul sejuk, tapi benda ini akan memakan banyak tenaga elektrik. "Sebab tu aku pilih untuk tukar kepada dry mode. Apabila kita letak dry mode, penyaman udara akan memastikan bilik tu cukup sekadar nyaman untuk kita duduk. Aircond tak akan ubah suhu secara berlebih-lebihan. Perbezaan antara cool mode (kiri) dan dry mode. "Makanya compressor penyaman udara tak perlu bekerja keras. Kelembapan di dalam bilik akan disedut keluar oleh aircond supaya persekitaran tak terasa berkuap. Aku lebiih suka begini, hidung tak senang tersumbat. "Tapi kalau kalian masih nak guna cool mode pun tiada masalah. Cuma pastikan suhu jangan rendah sangat, nanti bil elektrik melambung," terangnya. Maklum balas netizen "Cara ini betul boleh kurangkan bil elektrik tapi kena ingat satu benda, bilik kita akan terasa lebih panas. Sebab aircond hanya buang kelembapan dan bukannya menyejukkan sangat. "Tapi kalau anda memang pentingkan penjimatan, boleh teruskan guna petua ini," kata sebahagian warga maya. - Si Peanut Shah Alam Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube