suria

Rupanya ada teknik baru nak curi duit dalam akaun bank! Guna alat khas mampu ‘hack’ kad debit, sentuh sikit je!

Iman menunjukkan demonstrasi penggodam mencuri maklumat kad debit.

PENGGODAM masa kini semakin licik mencuri identiti peribadi masyarakat untuk kepentingan diri.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, pakar keselamatan siber dikenali sebagai ImanCybersecurity mendedahkan modus operandi penggodam ketika menjalankan kegiatan jenayah mereka.

Menerusi video tersebut, Iman menampilkan satu alat khas yang membolehkan dia secara senyap-senyap mendapatkan maklumat kad debit di dalam dompet mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Waspada guna public Wifi! Rupanya senang je penggodam nak ‘hack’, curi maklumat peribadi dalam telefon

"Perkara ni sangat bahaya kalau kita di tempat yang sesak dengan ramai orang seperti di dalam pusat beli-belah dan pengangkutan awam.

"Penggodam hanya perlu imbas poket yang ada dompet dan maklumat kad debit anda sudah boleh disalin menggunakan alat tersebut untuk dieksploitasi.

"Kita tak sedar pun apa yang berlaku," jelas Iman.

Ikhtiar untuk mematahkan serangan penggodam.

Penyekat gelombang RFID

Menurut Iman, benteng terakhir terhadap ancaman ini adalah dengan memasang radio-frequency identification (RFID) blocker di dalam dompet anda.

Peranti berkenaan akan menghalang penggodam daripada mengimbas isyarat yang diperlukan untuk menyalin data kad debit.

"RFID blocker ni murah je dan boleh didapatkan di platform e-dagang," ujar Iman. - ImanCybersecurity

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain