SEBELUM ini pernah dikongsikan lokasi di dalam rumah yang tidak digalakkan untuk dipasang penyaman udara kerana melanggar hukum reka bentuk dalaman. Kini melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Kenchana Maju Electrical iaitu sebuah syarikat kontraktor pemasangan aircond, ada didedahkan lokasi lain yang ditegah untuk diletakkan penyaman udara kerana boleh merugikan tenaga elektrik. Menurutnya, pada lokasi terbabit penyaman udara terpaksa bekerja dengan lebih keras bagi menyejukkan ruangan di dalam rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Ini 2 lokasi paling tak sesuai nak letak ‘aircond’ dalam rumah... Ambil tahu sebelum menyesal kemudian hari "Sekiranya penyaman udara diletakkan di sini, kadar penggunaan tenaga elektrik akan menjadi tinggi dan jangka hayatnya menjadi lebih pendek," jelas Kenchana Maju Electrical. Ayuh kita lihat! Lokasi penyaman udara perlu diberikan perhatian ketika pemasangan. -Gambar hiasan 1) Berhampiran bukaan seperti tingkap dan pintu Aliran udara panas dari luar menyebabkan sistem penyaman udara tidak boleh berehat dan perlu bertungkus lumus menyejukkan bilik sepanjang masa. Penyaman udara juga perlu berada di tempat yang redup di dalam rumah dan jauh daripada pancaran matahari secara terus. 2) Berdekatan punca haba Demikian antara sebab penyaman udara jarang sekali dipasang di dapur. Antara punca haba lain di dalam rumah yang ramai terlepas pandang adalah televisyen, peti sejuk, penapis air, modem WiFi dan komputer. 3) Jauh daripada unit luar Penyaman udara di dalam rumah perlu berada dekat dengan unit luar iaitu pemampat (compressor) untuk melancarkan proses pemindahan haba. 4) Berhampiran penyaman udara lain Unit penyaman udara yang terlalu dekat antara satu sama lain akan menyekat aliran udara secara efisien. Akibatnya penyaman udara terbabit akan menelan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya. - Kenchana Maju Electrical Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube