KEJOHANAN Euro 2024 melabuhkan tirainya dengan pasukan Sepanyol mencetak kemenangan tipis menentang England. Pertembungan gergasi Eropah yang berakhir 2-1 itu menjadi tontonan peminat bola sepak tanah air serta seantero dunia. Seiring dengan semangat kesukanan yang berkobar-kobar, mStar turun padang bersama peminat bola sepak menerusi program mStar Belanje menjelang perlawanan final Euro 2024 pada Ahad malam. Sebahagian pengunjung program mStar Belanje enak menjamu selera. Acara yang diadakan di NZ Curry House, Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu bertujuan meraikan semangat kesukanan serta menghargai pembaca setia mStar yang tidak pernah jemu memberikan sokongan terhadap portal ini sehingga ia berjaya mencecah purata 15 juta paparan halaman sebulan, menjadikan ia portal hiburan dan gaya hidup nombor satu di Malaysia. Bermula sekitar pukul 10 malam, kira-kira 300 pengunjung memenuhi ruang tempat duduk di hadapan skrin gergasi sambil menikmati hidangan popular restoran mamak seperti roti canai, mi goreng mamak dan teh tarik yang ditaja sepenuhnya oleh mStar dengan kerjasama syarikat produk kecantikan, Afina Ai Rich Sdn Bhd. Pengunjung di restoran NZ Curry House dihidangkan dengan mi goreng, roti canai dan teh tarik. Turut hadir memeriahkan program adalah Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star, Datin Paduka Esther Ng dan Pengarang Pengurusan The Star, Brian Martin. Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah dalam ucapannya berkata, acara lepak santai bersama peminat bola sepak itu adalah julung kali diadakan sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat sehingga menjadikan mStar popular dan terkenal pada hari ini sebagai portal yang dekat dengan pembaca. Justeru, atas semangat kesukanan yang dapat menyatupadukan orang ramai tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, penganjuran mStar Belanje sempena final Euro 2024 adalah sesuatu yang istimewa. Ara turut berduet dengan salah seorang peminat dan pembaca mStar. "Bersempena menghidupkan final Euro 2024, kita belanja makan semua yang hadir malam ini. Tidak dilupakan juga pelbagai hadiah menarik disediakan untuk anda yang menyertai beraneka program yang sudah dirancang. "Ia adalah tanda penghargaan mStar kepada pembaca. Bukan sahaja belanja makan, malah kami turut menyediakan hadiah-hadiah istimewa seperti tiket penerbangan, jam tangan dan baucar makan di hotel lima bintang," ujarnya. Majlis digamatkan dengan penampilan istimewa penyanyi terkenal iaitu Ara Johari yang mempersembahkan lagu popularnya, Bunga. Firman menghiburkan tetamu dengan lagu Kehilangan. Tambah istimewa untuk pengunjung program mStar Belanje, Ara turut berbesar hati memperdengarkan buah tangan terbaharunya yang belum dilancarkan iaitu Menjaga Jodoh Orang Lain. Tidak dilupakan kehadiran penyanyi Indonesia, Firman Siagian yang mendendangkan lagu hitnya, Kehilangan. Acara dilengkapkan lagi dengan kemunculan legenda bola sepak negara iaitu Azman Adnan yang pernah memenangi kasut emas Liga Perdana Malaysia pada tahun 1999 apabila menjaringkan 13 gol buat pasukan Pulau Pinang. Dia ditemani isterinya iaitu Asfarina Muhamad, bekas penyanyi kumpulan Feminin. Peserta mencuba permainan yang bertemakan bola sepak. Di samping menikmati hidangan melazatkan, pengunjung juga disajikan dengan beberapa siri permainan yang menghiburkan bagi membolehkan mereka memenangi hadiah. Antara permianan yang diadakan ialah jeritan gol paling panjang, timang bola paling lama, sambung perkataan sehingga lengkap dan muzik bola yang menyerupai konsep permainan musical chairs. Esther Ng menyampaikan cenderahati kepada penaja mStar Belanje, Yus Amina Mohd Zawizah atau kakak Hello Kitty. Pemenang bertuah berjama membawa pulang hadiah berupa baucar sumbangan Concorde Hotel KL, jam tangan Adidas serta produk kecantikan Puteh Jeliyta. Kemuncaknya adalah cabaran timang bola terbanyak di mana hadiah utama merupakan tiket penerbangan AirAsia ke Labuan Bajo, Indonesia dan Krabi, Thailand. Niezam Abdullah (kiri) memberikan token penghargaan kepada pemilik restoran NZ Curry House, Muhamad Noor Zainal Muhamad Zabidi. Setiap pengunjung turut mendapat langganan percuma platform penstriman Viu menerusi kod respons pantas (kod QR) yang boleh diimbas. Program mStar Belanje dikemudi oleh dua hos iaitu wartawan mStar, Faiz Izzat dan petugas Suria FM, Naim Tee. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube