suria

Kawal emosi, tak perlu lagi ‘bergaduh’ dengan tong sampah... Ini trik nak pasang plastik dengan mudah!

Plastik sampah perlu diganti apabila sudah penuh. -Gambar hiasan

MEMASUKKAN plastik ke dalam tong sampah besar boleh menjadi satu perkara yang merenyahkan.

Jika ditarik plastik pada satu sisi, pasti yang di sebelah sana akan turut tertarik sehingga menyebabkan ia sukar untuk dikemaskan.

Melalui satu hantaran di laman YouTube, ada dikongsikan petua bagi memudahkan proses memasang plastik sampah, kini anda tidak perlu lagi mengerah keringat.

Walaupun menggunakan 'jalan pintas', hasilnya tetap memuaskan apabila plastik sampah dapat diletakkan dengan rapi.

Ayuh kita lihat!

Teknik mudah memasukkan plastik ke dalam tong sampah.

Langkah-langkah:

1) Gulung plastik sampah supaya menjadi tirus dan mercuncing.

2) Genggam bukaan plastik menggunakan tangan.

3) Masukkan plastik ke dalam tong sampah.

4) Lepaskan genggaman tangan dan tarik bukaan plastik untuk disangkut pada sisi tong sampah.

Maklum balas netizen

"Ayah saya merupakan petugas pembersihan, ini cara yang mereka selalu guna untuk percepatkan kerja. Ramai lagi yang tak tahu khususnya orang muda, boleh kongsi.

"Bagus ada tip mudah macam ni, harap boleh kurangkan 'pergaduhan' saya dengan tong sampah," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain