suria

Hilang stres nak tebuk dinding, habuk pun tak bersepah! Ini cara mudah tanpa perlu sapu atau mop lantai

Banyak debu dihasilkan ketika alat gerudi digunakan. -Gambar hiasan

KERJA bertukang di rumah ada kalanya memerlukan proses menggerudi atau sering dipanggil sebagai drill.

Penggerudian boleh menyebabkan debu halus bertebaran ke serata tempat sehingga menyebabkan proses pembersihan selepas itu menjadi renyah.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh lelaki dikenali sebagai Hong Guan, ada dikongsikan petua yang dapat menyelesaikan isu ini.

Kini habuk hanya akan terkumpul pada satu tempat dan lebih senang untuk dibuang selepas selesai operasi menggerudi. Ayuh kita lihat!

Habuk terkumpul di dalam sampul dan tidak jatuh ke lantai.

"Saya buat satu sampul menggunakan kertas A4 yang dilipat. Kemudian ambil pita pelekat dan tampalkan sampul tadi di bawah lubang yang hendak ditebuk supaya dapat mengumpul pasir yang terkeluar ketika digerudi.

"Boleh juga gunakan beg plastik atau sebarang bekas yang boleh mengumpul pasir.

"Dengan cara ini tak perlu lagi susahkan diri nak sapu atau vakum lantai selepas habis gerudi. Habuk yang terkumpul boleh terus dibuang di dalam tong sampah," ujar Hong Guan.

Antara alternatif lain tetapi menggunakan konsep sama.

Maklum balas netizen

"Ini baru betul work smart, tak perlu buat kerja dua kali. Masa pun jimat, kalau tidak satu rumah berdebu, nak cuci tu memang satu hal.

"Bernas sungguh cara ini, kadang sayang perabot dekat bawah apabila kita drill dinding atas, nak tutup semua pakai plastik memang malas," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain