KESELAMATAN insan tersayang pastinya menjadi keutamaan. Maklumat tentang keberadaan semasa mereka penting untuk diketahui supaya tindakan segera boleh diambil sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini. Melalui satu hantaran di laman X oleh penulis blog dan pengkritik Apple, Xavier Naxa, ada dikongsikan cara yang membolehkan anda untuk mengikuti lokasi terkini seseorang.dengan peranti iPhone Menurut Xavier, ciri tersebut boleh diakses sekiranya anda mempunyai pengemaskinian terkini untuk program iOS 17. "Guna fungsi Periksa (Check) dalam iPhone untuk memastikan kenalan dan keluarga selamat pulang ke rumah. iPhone juga boleh digunakan untuk tujuan keselamatan. "Contohnya anak anda pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Sebelum pulang ke ibu kota dari kampung halaman, anak anda boleh menghantar satu arahan (Periksa) yang dihantar melalui iMessage kepada anda. "Menerusi cara ini, anda sebagai ibu bapa dapat memantau lokasi anak sepanjang perjalanan pulang. Jika melebihi had waktu yang ditetapkan, satu notifikasi akan dihantar untuk memaklumkan anak anda belum tiba di destinasi. "Dengan ini anda boleh segera untuk menghubungi mereka bagi memastikan semuanya selamat," jelasnya. Tambah Xavier, dengan menggunakan Check, anda juga boleh mengetahui peratus bateri di dalam iPhone milik keluarga atau kenalan serta isyarat rangkaian. "Juga sesuai digunakan pelajar kolej bagi memastikan sahabat anda selamat tiba ke tempat yang ingin dituju," terang Xavier. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube