suria

Kipas siling tak rasa angin, penting lihat dulu 3 perkara ini sebelum beli dan pasang

Kipas dipasang bagi mengurangkan rasa panas di dalam rumah. -Gambar hiasan

SELAIN penyaman udara, kipas siling juga menjadi alternatif untuk menyamankan rumah.

Namun ada kalanya kipas siling terasa perlahan anginnya dan tidak berupaya menghilangkan bahang di dalam rumah walaupun sudah ligat berputar.

Melalui satu perkongsian di laman Facebook oleh The_FIXER, ada dikongsikan beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kipas siling anda gagal untuk mencapai objektif.

Panduan pemasangan kipas siling.

1) Saiz kipas

Kekuatan angin bergantung sepenuhnya pada lebar bilah dan diameter kipas. Prinsipnya, apabila kelebaran bilah dan panjang diameter kipas bertambah, maka lebih kuat tolakan anginnya.

2) Jumlah bilah kipas

Konsepnya, semakin banyak bilah kipas, maka semakin kurang tolakan angin. Namun kipas akan menjadi lebih senyap dan stabil.

Jadi jangan pelik kalau kipas dengan tiga bilah menghasilkan lebih banyak angin berbanding kipas lima bilah.

3) Kedudukan kipas

Sekiranya anda mahukan kipas berfungsi dengan lebih efisien, pastikan tiada halangan berdekatan dengan kipas yang boleh menyekat aliran udaranya.

"Pastikan kipas tidak terlalu rapat dengan dinding serta siling. Jarak kipas harus 10 inci ke atas dari siling, tak boleh kurang daripada tu.

"Jangan ada halangan pada siling seperti alang rumah dan hiasan plaster (cornice)," jelas The_FIXER.

Maklum balas netizen

"Kena ambil tahu ilmu ni sebelum pasang kipas baharu dekat mana-mana tempat, nanti kalau silap kena buat semula lagi makan kos.

"Apabila semua kriteria ni dah betul, barulah angin kipas jadi kencang, bukan setakat sepoi-sepoi bahasa je," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain