suria

Suri rumah kongsi 3 bahan wajib ketika mop lantai, pasti berkilat macam cermin!

Lantai rumah milik seorang wanita yang berkilat dengan menggunakan satu petua.

KEADAAN rumah yang teratur dan kemas akan menjadikan penghuninya lebih tenang untuk beristirahat.

Antara aspek yang wajar diberikan perhatian adalah kebersihan lantai, meliputi sebahagian besar kawasan kediaman.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook oleh Mizs Lynda, dikongsikan petua menjadikan lantai bukan sekadar bersih, malah bersinar seperti cermin selepas dicuci.

"Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak berkilat, selagi tu tak sah," ujar Lynda.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya, cukup mudah!

ARTIKEL BERKAITAN: Sliding door tersekat boleh ‘repair’ sendiri, tak sampai 5 minit tutup dan buka seperti ‘brand new’

Bahan-bahan:

1) Air panas

2) Cuka makan

3) Cecair pelembut pakaian (softener)

Langkah-langkah:

1) Tuang air panas ke dalam baldi

2) Masukkan satu penutup cecair pelembut pakaian bersama lima titis cuka

3) Kacau sehingga sebati

4) Kini sedia untuk digunakan bagi aktiviti mengemop

Maklum balas netizen

"Memang betul menjadi, terima kasih kongsi. Cuma pastikan cuka tu letak sedang-sedang je, kalau terlebih nanti lantai jadi melekit.

"Gembira hati ni apabila nampak lantai bersinar-sinar, tetamu nak datang rumah pun kita rasa tak segan," demikian antara komen warga maya. - Mizs Lynda

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain