PINTU gelangsar atau 'sliding door' sering digunakan di kebanyakan kediaman. Namun lama kelamaan, pintu gelangsar ini ada kalanya mula tersekat sehingga sukar untuk dibuka dan ditutup. Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Jason Jezi, ada dikongsikan cara mudah bagi membaiki pintu gelangsar supaya kembali lancar beroperasi. Ayuh kita lihat! Skru pintu gelangsar yang terletak berhampiran trek. Langkah-langkah: 1) Skru Skru ini terletak di bahagian bawah pintu gelangsar. Sekiranya skru tersebut menjadi longgar, ia akan menyebabkan keseluruhan panel jatuh ke bawah lalu bergesel dengan trek ketika digerakkan. Geseran menyebabkan pintu gelangsar sukar untuk ditarik dan ditolak. "Oleh itu, ketatkan skru menggunakan pemutar supaya pintu gelangsar naik semula ke posisi asal. Selesai," jelas Jason. 2) Kotoran Gumpalan habuk dan pasir yang terkumpul pada trek juga boleh menyebabkan pintu gelangsar sukar untuk ditarik dan ditolak. "Bersihkan kotoran ini dan pintu gelangsar boleh kembali berfungsi seperti normal," terang Jason. Maklum balas netizen "Terima kasih bos, dah berbulan cari solusi untuk masalah sliding door rumah saya ni, lega akhirnya boleh selesai. Ingat ke nak tukar baharu dah. "Dah cuba memang berkesan, sliding door jadi lancar macam waktu mula beli dulu. Jimat duit boleh betulkan sendiri," demikian kata sebahagian warga maya. - Jason Jezi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube