JIKA anda menjejakkan kaki ke pantai, pasir yang melekat di kaki dan pakaian adalah antara perkara yang merimaskan. Selain itu pasir halus juga akan melekat pada anggota badan lain dan selipar sehingga terbawa ke dalam kereta dan akhirnya ke rumah. Hendak membersihkannya juga tidak mudah, jika dibilias dengan air sekali pun pasti ada yang 'degil' melekat terutamanya pada bahagian tapak kaki. Melalui satu perkongsian di laman TikTok oleh Momlife, ada dikongsikan tip mudah bagi menanggalkan sepenuhnya pasir pantai iaitu dengan menggunakan satu bahan. "Saya dah gunakan petua ini selama bertahun-tahun dan saya boleh jamin keberkesanannya. Pasir basah memang susah kita nak buang dari tangan atau kaki tapi cara ini boleh membantu," ujar Momlife. Kaki berjaya dibersihkan daripada pasir dengan menggunakan teknik ini. Bahan-bahan: 1) Bedak kanak-kanak (baby powder) atau sebarang jenis bedak lain yang bersesuaian Langkah-langkah: 1) Taburkan bedak pada tapak tangan atau kaki yang dilitupi pasir 2) Sapu dan gosok permukaan terkena pasir sehingga bersih 3) Pasir pantai akan senang tertanggal kerana diserap kelembapannya oleh bedak Maklum balas netizen: "Ya betul, saya tinggal di kawasan pantai, memang ini yang biasa kami buat. Tak akan pernah tinggalkan rumah tanpa bedak dalam beg. "Berdasarkan pengalaman saya, pasir masih terasa dekat kaki kalau bilas dengan air, bila guna bedak terus hilang rasa menggerutu pasir tu. Lebih selesa," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube