SETIAP umat Islam pasti mengimpikan untuk menunaikan umrah di Tanah Suci, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi mereka yang mahu memperoleh keberkatan dan pahala berganda dengan menjalani ibadah yang dituntut dalam agama, sudah tentu tercari-cari pakej yang terbaik pada harga berpatutan. Berita baik kepada mereka berkenaan, alami pengalaman menunaikan umrah yang cukup bermakna apabila membeli unit kediaman di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan. Dengan setiap unit yang dibeli, pembeli akan menerima dua baucar tunai umrah bernilai RM8,000 setiap seorang untuk perjalanan ke Arab Saudi selama 11 hari dan 10 malam. Menariknya, pakej ini termasuk tiket penerbangan pergi dan balik untuk dua orang, penginapan hotel dan pengangkutan serta hidangan sajian lengkap untuk jemaah. Bukan sahaja manfaat kerohanian daripada perjalanan yang diberkati itu, malah pembeli dapat menikmati keselesaan dan ketenangan dalam komuniti berpretij di Bayu Sutera. Kediaman masa depan Memiliki kediaman yang begitu sempurna menjadikan Bayu Sutera sebagai pilihan paling tepat. Diibarat sebagai kediaman masa depan, Bandar Sri Sendayan menggabungkan kediaman mewah, kedai komersial, kelab eksklusif elit dan kawasan menghijau, melambangkan kehidupan mampan yang mengimbangi cita-cita urban dengan penjagaan alam sekitar. Keselesaan lebih dirasai dengan konsep kehijauan yang diketengahkan. Terkini, Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) memperkenalkan pembangunan Bayu Sutera yang melancarkan fasa pertamanya pada 2021. Matrix Concepts yang memenangi Anugerah StarProperty: The Cornerstone Award-Best Landed Pembangunan (Kecemerlangan) 2024, mempamerkan dua kediaman kontemporari iaitu Izara II atau Elonia III @ Bayu Sutera. Kedua-dua konsep kediaman ini terletak di tengah-tengah keindahan semula jadi dalam komuniti seluas 216 ekar. Bagi kediaman Izara II, ia merupakan rumah teres dua tingkat dengan keluasan binaan 2,315 kaki persegi dengan saiz lot 20’ x 70’. Dilengkapi dengan ciri rumah pintar, ia mempunyai empat bilik tidur dan empat bilik air. Selain itu, ia mempunyai enklaf selamat dengan pagar keselamatan yang tinggi dan pos pengawal. Ciri rumah pintar Manakala kediaman Elonia III pula terdiri daripada rumah teres dua tingkat, yang dibina di kawasan seluas 2,315 kaki persegi, dengan saiz lot 20’ x 70’. Turut dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air, kawasan perumahan ini mempunyai kemudahan komprehensif di sekeliling. Memperkenalkan siri kediaman terbaharu di Bayu Sutera, komuniti bersebelahan tasik yang menggabungkan kehidupan moden dan ketenangan alam semula jadi. Kediaman baharu ini bukan sahaja menawarkan keindahan pemandangan tepi tasik yang begitu memukau dan mempesonakan, malah dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini. Ciri rumah pintar bagi unit Izara II dan Elonia III adalah penggunaan alat kunci digital, modul pencahayaan yang menarik, pendingin hawa yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar (aircond IR blaster) dan kawalan suara. Para penghuni juga pastinya dapat menikmati gaya hidup yang selesa, selamat dan berhubung dengan penduduk lain. Setiap unit kediaman diterapkan dengan ciri pintar. Selain kediaman moden dan berprestij, pembangunan Bayu Sutera juga diperhebatkan dan dirancakkan lagi dengan pembangunan hab komersial terkini, Bayu Biz. Kemudahan tiada tandingan Terletak secara strategik di antara jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan kawasan kejiranan sekitarnya, Bayu Biz bersedia menjadi hab pusat perniagaan, membeli-belah dan aktiviti sosial dalam komuniti. Pembangunan tersebut juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti seperti d'Tempat Country Club, X Park Sendayan, sekolah Matrix Global, hab komersial, stesen minyak dan banyak lagi. Buat pemilik kediaman di Izara II, terdapat taman tasik seluas 3 ekar dengan kemudahan untuk beriadah dan beristirahat seperti laluan jogging, parcourse dan dek plaza. Bagi Izara II dan Elonia III, penghuni akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse termasuk laluan refleksologi. Lebih menarik adalah sebuah taman sentral seluas 9.5 ekar yang mengagumkan, terletak di tengah-tengahnya, mewujudkan suasana kehidupan premium serta ketenangan yang mendamaikan. Lokasi Bayu Sutera juga amat strategik, maka penduduk tidak perlu bimbang untuk menguruskan aktiviti dan keperluan harian masing-masing kerana ia terletak tidak jauh daripada banyak kedai, bank, sekolah, pusat pendidikan dan pusat perubatan berdekatan. Malah, perbandaran ini menawarkan jalinan pantas ke destinasi utama seperti bandar Seremban, Bandar Ainsdale dan Port Dickson serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang jaraknya kira-kira 40 kilometer (km). Untuk ketenangan dan istirahat, penghuni dapat berkunjung ke rumah kelab eksklusif dengan keahlian percuma di kelab Desa d'Tempat di sekitar Bayu Sutera. Kelab Desa d'Tempat ialah rumah kelab berorientasikan keluarga terbesar di Seremban, menawarkan pelbagai kemudahan di mana pengunjung boleh menikmati kemudahan ala resort. Kelab ini terdiri daripada kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik membaca, bilik mesyuarat, dewan bankuet, spa dan bar serta kafe. Selain itu, aktiviti kesukanan turut boleh dilakukan dengan tersedianya kemudahan seperti gelanggang tenis, badminton, ping pong dan skuasy. Jelas terbuki Bayu Sutera bukan sahaja mengutamakan keselesaan dan kemudahan tetapi juga memupuk suasana komuniti yang bertenaga, dengan pelbagai kemudahan dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk daripada semua peringkat umur. Konsep keselamatan antara tarikan utama di Bayu Sutera. Umrah bersama Kempen unik ini bukan sahaja menawarkan keselesaan memiliki kediaman, bahkan keberkatan dan kerohanian dalam mengerjakan ibadah di Tanah Suci. Mengenai pakej umrah bagi setiap unit yang dibeli di Bayu Sutera, selain menunaikan ibadah itu, penghuni juga berpeluang untuk melakukan lawatan ke Muzium Al Wahyu di Makkah. Bukan sekadar itu, turut disediakan adalah kursus umrah, kit umrah, air zam-zam. Seorang mutawif yang berpengalaman akan ditugaskan untuk membantu sepanjang perjalanan. Pastinya menunaikan umrah ini merupakan peluang keemasan dan bakal menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Malah, anda juga dapat meningkatkan kualiti kehidupan dengan memiliki kediaman moden dan selesa dalam komuniti berprestij, sekali gus menjadikan pengalaman yang tiada tandingan! Kempen Jom Umrah yang berlangsung sejak 20 Mei 2024 sehingga 20 Ogos 2024 ini melibatkan projek Izara II dan Elonia III di Bayu Sutera. Maklumat lanjut mengenai kediaman di Bayu Sutera dan pakej umrah yang ditawarkan, sila layari umrahbersama.bayusutera.com. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube