suria

Sudah cuba macam-macam petua, akhirnya jumpa cara paling menjadi... Boleh kupas telur rebus macam pro!

Mengupas telur rebus pasti lebih mudah dengan teknik yang betul.

SATU kepuasan bagi mereka yang memasak di dapur apabila telur rebus dapat dikupas dengan elok serta licin tanpa sebarang cacat cela.

Sekiranya telur rebus kelihatan menggerutu dan tidak sempurna kejadiannya, hendak dipersembahkan di meja makan juga pasti terasa segan.

Jangan risau, melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Yana Ariey, ada dikongsikan petua mudah bagi mendapatkan hasil telur rebus yang berkualiti.

Cukup mudah caranya, anda hanya perlu menambah satu bahan ini.

"Siapa yang selalu gagal rebus telur boleh cuba petua saya, nanti telur akan lebih licin dan senang dikupas," ujar Yana Ariey.

Ayuh kita lihat!

Garam dimasukkan ketika telur mula direbus.

Langkah-langkah:

1) Masukkan telur ke dalam periuk yang sudah diisi dengan air

2) Tambahkan sedikit garam kasar

3) Biarkan mendidih selama 10 minit

4) Tutup api dan biarkan telur di dalam periuk untuk lagi 10 minit

5) Keluarkan telur dan masukkan ke dalam air sejuk

6) Kupas telur dan lihat sendiri hasilnya

Maklum balas netizen

"Terima kasih sudi kongsi rahsia, dah lama teringin nak buat telur rebus yang licin permukaannya, kalau tak mesti terkopek sana sini.

"Ini baru mencapai standard hotel," demikian kata sebahagian warga maya. - Yana Ariey

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain