suria

Rupanya ini rahsia bau wangi macam rumah orang kaya! Kediaman harum, poket pun jimat

Tip menghasilkan pewangi sendiri yang tular di media sosial.

AROMA enak di dalam rumah memainkan peranan penting untuk keselesaan penghuninya.

Walaupun pelbagai kategori pewangi dijual di pasaran, namun ia menelan kos yang tinggi untuk dipasang secara berkala.

Jangan risau, melalui satu hantaran di laman X oleh Muvenda, ada dikongsikan petua menghasilkan pewangi do it yourself (DIY) yang lebih mesra harumannya pada deria bau.

"Pewangi ini boleh bertahan selama dua minggu sebelum perlu ditukar baharu. Sesuai diletakkan di dalam bilik, tandas, ruang tamu dan dapur," jelas Muvenda.

Ayuh kita lihat!

Teknik yang cukup mudah untuk membuat pewangi berasaskan limau nipis.

Bahan-bahan:

1) Dua biji limau nipis bersaiz besar

2) Dua sudu besar garam kasar

3) Tiga sudu besar cecair pencuci tangan yang mempunyai kandungan alkohol

4) Satu penutup cecair pelembut pakaian

5) Bunga cengkih

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah kongsi 3 bahan wajib ketika mop lantai, pasti berkilat macam cermin!

Langkah-langkah:

1) Belah daripada empat sisi kesemua limau nipis untuk mengembangkannya, tetapi jangan sampai terpotong habis.

2) Masukkan setiap buah limau nipis ke dalam satu bekas kecil.

3) Letakkan setengah sudu garam kasar di bahagian tengah buah limau nipis.

4) Tuangkan satu sudu cecair pencuci tangan yang mempunyai kandungan alkohol.

5) Tambahkan cecair pelembut pakaian untuk menaikkan haruman, juga boleh digantikan dengan bunga cengkih bagi mendapatkan aroma yang berbeza.

Maklum balas netizen

"Saya suka bau daripada wangian ni, rasa macam duduk dalam rumah orang kaya. Kalau sesiapa yang selalu pergi kediaman orang berada, macam ni la aromanya

"Terima kasih kongsi trik ni, jimat duit saya. Senang pun senang nak buat," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain