suria

Akhirnya jumpa sudut paling sesuai pasang tag RFID... Pekerja tol tak lokek kongsi petua elak kereta ‘sangkut’ tengah lorong

Lorong RFID membantu pembayaran tol menjadi lebih efisien. -Gambar hiasan

LORONG Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) diperkenalkan di kebanyakan lebuh raya utama negara untuk melancarkan aliran trafik.

Menerusi sistem RFID, pengguna hanya perlu memperlahankan kenderaan tanpa membuka tingkap untuk membuat pembayaran tol.

Namun sering timbul isu apabila lorong RFID tidak dapat mengesan isyarat daripada tag yang dipasang pada kereta, sehingga menyebabkan kesesakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ini helah jurujual barang elektrik... Patut la kualiti TV HD nampak cantik di kedai, balik rumah jadi ‘malap’

Melalui satu hantaran di Facebook oleh Solihin Razali, ada dikongsikan cara yang betul untuk memasang tag RFID pada kereta bagi memudahkan sistem mengesan isyaratnya.

"Apabila saya pasang tag macam ni, dah tak pernah sangkut lagi dekat tol, paling seronok palang boleh buka awal ketika saya masuk lorong. Puas hati!

"Sebelum ni saya pasang tag RFID pada cermin depan, kurang efektif sebab kereta kena sampai rapat dengan palang baru boleh buka," ujar Solihin.

Tag RFID dipasang pada kereta Solihin.

Menurut Solihin, petua pemasangan RFID itu dikongsikan oleh pekerja tol.

"Mereka cadangkan saya letakkan tag RFID bersebelahan dengan nombor plat kereta. Pasang dekat sini bagus sebab daripada pelbagai sudut pun sistem RFID boleh kesan tag kita.

"Pekerja tol buat ujian depan saya gunakan alat RFID, memang berbunyi je sepanjang masa, maksudnya isyarat tag RFID tu senang ditangkap.

"Berbanding kalau pasang dekat lampu kereta yang macam orang biasa buat, lebih susah nak kesan isyarat tu," jelas Solihin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain