suria

Tak wajib tiru, tapi kena cuba petua ini kalau mahu nasi kandar lebih sedap... Orang kata ‘surr’ lain macam!

Petua yang menjadikan nasi kandar lebih lazat.

NASI kandar merupakan hidangan kegemaran masyarakat majmuk di Malaysia.

Walaupun mirip seperti nasi campur, namun rasa gulainya yang pekat menjadikan nasi kandar santapan unik.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Nasi Kandar Lowstaq, ada dikongsikan petua memakan nasi kandar yang ramai terlepas pandang.

Menurutnya, tip tersebut bukanlah menjadi satu kewajipan, tetapi jika mengamalkannya ia mampu menambah kenikmatan nasi kandar anda.

"Ini baru cara betul makan nasi kandar," ujarnya.

Nasi kandar bungkus yang meliurkan.

Berdasarkan perkongsian berkenaan, dikatakan nasi kandar akan menjadi lebih 'surr' sekiranya diperam selama enam hingga tujuh jam.

"Macam contohnya kita beli nasi kandar pukul 12 tengah hari, jangan makan terus. Kita biarkan dulu dalam bungkusan, dalam pukul 7 petang baru makan.

"Memang lagi syahdu! Sebab kesemua kuah kari sudah menjadi sebati dengan nasi putih, penting tau untuk gulai meresap masuk ke dalam nasi sebutir demi sebutir.

"Tak perlu gaul lagi, boleh terus makan. Memang cantik pemandangan dapat tengok kuah melekat elok dengan nasi," jelasnya.

Maklum balas netizen

"Ya betul, ini petua golongan otai kalau nak makan nasi kandar, ramai orang muda sekarang yang tak tahu.

"Jangan risau, nasi kandar tak akan basi dalam hari sama walaupun kuah sudah bercampur, sebab kari nasi kandar tidak mempunyai santan," demikian kata sebahagian warga maya. - Nasi Kandar Lowstaq

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain