suria

Sebelum tanam bijinya pastikan ikut dulu petua ini, pokok durian dijamin menjadi!

Durian selaku raja buah sangat digemari ramai. -Gambar hiasan (kanan)

BAYANGKAN anda mempunyai pokok durian sendiri di belakang rumah.

Apabila tiba musimnya, anda dapat berpesta makan durian hasil tanaman sendiri sepuas-puasnya.

Jika mahukan tanaman pokok durian anda menjadi, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan ketika fasa menyemai biji, jangan hanya tahu campak ke tanah.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Jarum Kemucut, ada dikongsikan ilmunya!

Proses semaian biji durian sebelum ditanam.

Langkah-langkah:

1) Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.

2) Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak, cukup sekadar untuk tenggelamkan biji.

3) Selepas dua hari boleh tus air. Biji durian yang sudah timbul tunas akarnya sedia untuk ditanam.

4) Cara alternatif pula adalah dengan merendam biji durian selama satu malam, keesokan harinya boleh keluarkan air.

5) Letakkan biji tadi di dalam bekas tertutup yang sudah dialas dengan tisu. Simpan bekas di tempat yang redup selama satu hari.

6) Selepas sehari, biji durian yang mula keluar tunasnya boleh ditanam.

Petua tanam biji durian:

1) Tidak perlu korek tanah untuk menanam durian, hanya cucuk bahagian biji yang sudah bertunas ke atas permukaan tanah.

2) Disarankan untuk menanam biji durian di dalam polibeg bersama tanah cocopeat.

3) Siram tanah secara berkala, pastikan ia tidak kering.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Jaram Kemucut

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain